Home / Viral / Baru Viral / [Video] Nak Bagitahu Jumpa Ular Sawa, Tapi Gaya Dia Mcm Wartawan Berita. Ular Itu Akhirnya Berjaya Ditangkp Dan Betul Cakap Budak Itu Mmg Besar

[Video] Nak Bagitahu Jumpa Ular Sawa, Tapi Gaya Dia Mcm Wartawan Berita. Ular Itu Akhirnya Berjaya Ditangkp Dan Betul Cakap Budak Itu Mmg Besar

SUNGAI PETANI: Penduduk di pekan Bukit Selambau di sini gempar selepas tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di pasar awam pekan itu secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

Dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu, kanak-kanak lelaki terbabit, Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, memaklumkan, ular sewa tersebut ditemukan oleh penduduk selepas mendapati air di dalam longkang tersebut tersumbat.

Aksi kanak-kanak itu ketika membuat siaran langsung FB penemuan ular tersebut mendapat perhatian netizen dalam media sosial.

VIDEO Muhammad Haziq Mohd. Asyraf melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di Pasar Awam pekan Bukit Selambau, Sungai Petani secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pukul 6.27 petang.

Katanya, empat orang anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 petang.

“Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram akhirnya dapat ditangkap ketika berada dalam longkang di pasar itu.

“Ular tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan setelah makan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu kemudian dilepas semula ke habitat asal tidak jauh dari kawasan kediaman penduduk.

Sementara itu, seorang peniaga sayur-sayuran di pasar awam itu yang juga ibu Muhammad Hafiq, Mazlina Ahmad, 44, berkata, dia membuat aduan kepada APM mengenai penemuan ular sawa selepas menyedari bersembunyi di dalam longkang itu.

“Bagaimanapun, sebelum anggota APM tiba di lokasi itu, Muhammad Hafiq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau di sini memaklumkan mengenai penemuan ular sawa tersebut secara siaran langsung di Facebook miliknya

Aksinya itu tidak sangka pula telah mendapat perhatian netizen termasuk ada yang meninggalkan komen, ‘budak ini amat dahsyat, bukan ular itu yang dahsyat’,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Rata-rata netizan sangat terhibur dengan gelagat adik berkenaan menyampaikan berita

“Terbaik lah adil Mohd Hazik……kechik2 dah pandai jadi wartawan cilik. Masa atuk di usia adik dulu masih dok bawah ketiak mak lagi. Mandi pun telanjang lagi chmpor tinno jantan. Masa tu mana ada hand phone . Pondok talipon pun tak ada.

Cherdik budak2 zaman ini..

Semoga adik Hazik berjaya dam hidup bila besar nanti”

Kredit:sinar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

Lori Didakwa Tersangkut, Pemandu Lori Maut Dipercayai Ditimp4 Papan Tanda

Sorang pemadu lori maut dipercayai ditimpa papan tanda ketinggian lepas di sekitar kawasan perumahan Flat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.