Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kerajaan Perkenal Bantuan RM480 Untuk Golongan Suri Rumah B40 Di Malaysia 2022

Kerajaan Perkenal Bantuan RM480 Untuk Golongan Suri Rumah B40 Di Malaysia 2022

Untuk pengetahuan anda, bantuan i-Suri merupakan kemudahan yang diberikan khusus untuk mereka yang bergelar suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang mana akan menerima manfaat insentif RM480 setahun. Ia dilakukan khas untuk mengiktiraf sumbangan mereka terhadap institusi kekeluargaan dan pembangunan negara.

Dibawah merupakan maklumat lanjut mengenai bantuan ini yang perlu anda fahami sebelum melakukan permohonan bantuan i-Suri bagi mereka yang layak.


BANTUAN I-SURI KWSP

Dibawah merupakan info-info penting dan senarai bantuan yang akan diterima oleh bakal penerima i-Suri:

  • Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  • Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Pengeluaran simpanan.
  • Insentif kerajaan.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat yang telah diletakkan untuk mereka yang berminat melakukan permohonan pendaftaran i-Suri:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).

Siapa yang boleh mencarum?

  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:

  • Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) – Untuk pendaftaran kali pertama.
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) – Untuk semasa pembayaran.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

MAKLUMAT LANJUT

  • Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000
  • Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

TimesTodayPost menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: TimesTodayPost.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.