Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kertas siasatan Adun positif dadah diserah pada pengarah pendakwaan negeri
kertas-siasatan-adun-positif-dadah-diserah-pada-pengarah-pendakwaan-negeri

Kertas siasatan Adun positif dadah diserah pada pengarah pendakwaan negeri

Kertas siasatan berhubung penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Perak, kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di Pulau Pinang pada 13 Jan lepas, telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, hari ini.

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kertas siasatan itu, telah dikembalikan kepada polis dengan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pihaknya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tindakan atau maklumat yang perlu dikemas kini, seperti di minta oleh Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Hari ini polis telah serahkan kertas siasatan kes itu dan ia turut ditaklimatkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, atas permintaan beliau (Pengarah Pendakwaan Negeri) kertas siasatan tersebut dikembalikan dengan beberapa tindakan untuk diambil oleh pihak polis.

“Polis akan lengkapkan tindakan yang diminta itu, dan kita jangka kertas siasatan tersebut akan diserahkan kembali dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami juga masih menunggu laporan patologi berhubung sampel air kencing Adun berusia 54 tahun berkenaan, bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, seramai 48 individu ditahan, dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala, 12 lagi berkaitan kes jenayah.

Mereka yang ditahan kerana positif dadah termasuk ADUN tersebut, dan dua anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.

Adun Pasir Bedamar Terence Naidu yang ditahan itu, kemudiannya mendakwa ujian kedua air kencing yang dilakukan di sebuah klinik swasta – Klinik 02 di Pulau Pinang didapati negatif, dan meminta polis menjalankan siasatan segera.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.