Home / Viral / MerdekaMalaysia / Lebih 47.5 peratus populasi dewasa sudah menerima dos penggalak
47.5-peratus-populasi-dewasa-terima-dos-penggalak

Lebih 47.5 peratus populasi dewasa sudah menerima dos penggalak

Sebanyak 11,119,363 individu atau 47.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 25,702,311 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19, manakala 26,062,066 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,783,457 individu atau 88.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,865,416 individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 213,226 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 2,169 dos pertama, 2,680 dos lengkap dan 208,377 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,679,781 dos.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt seluruh negara setakat semalam adalah 1.09.

Negeri Sembilan mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1.13, diikuti Johor (1.10), Kedah (1.09), Kuala Lumpur (1.07), Selangor (1.05), manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.03, Sabah (1.01) dan Kelantan (1.0).

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.