Home / Viral / MerdekaMalaysia / Hukuman mati: Rayuan terakhir Nagaenthran ditangguh
hukuman-mati:-rayuan-terakhir-nagaenthran-ditangguh

Hukuman mati: Rayuan terakhir Nagaenthran ditangguh

Selepas beberapa penangguhan, Mahkamah Rayuan Singapura akan mendengar rayuan terakhir Nagaentran K Dharmalingam terhadap hukuman matinya pada akhir bulan depan.

Mahkamah menunda perbicaraan pada Isnin minggu ini (24 Jan) selepas peguam warga Malaysia itu meminta penangguhan, lapor The Straits Times.

Rayuan itu pada mulanya dijadualkan didengar pada 30 Nov tahun lepas.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam N Surendran berkata perbicaraan baru di mahkamah akan berlangsung antara 21 Feb dan 4 Mac.

“Tarikhnya antara 21 Feb dan 4 Mac. Kami tidak tahu tarikh mana lagi,” kata Surendran ketika dihubungi.

Sementara itu, firma LF Violet Netto Advocates and Solicitors telah mengambil alih peranan sebagai peguam Nagaenthran di Singapura.

Nagaenthran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar pelaksanaan hukuman mati itu.

Peguamnya juga telah memohon supaya dia diperiksa oleh panel pakar psikiatri.

Lelaki berusia 33 tahun itu dijatuhi hukuman mati pada 2011 kerana mengedar 42.72g diamorphine ke Singapura. Heroin diperbuat daripada diamorphine.

Peguamnya berkata dia mengalami kelainan upaya intelek ringan kerana IQnya yang lebih rendah daripada purata iaitu 69.

Pada Jun 2020, Presiden Singapura Halimah Yacob menolak petisyen pengampunan Nagaenthran yang memohon hukuman matinya ditukar kepada penjara seumur hidup.

Perhatian antarabangsa

Dia dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati pada 10 Nov 2021 tetapi diberikan penangguhan apabila peguam M Ravi memfailkan cabaran perlembagaan pada saat akhir.

Kes Nagaenthran telah mendapat perhatian penting, dengan kritikan khusus terhadap langkah Singapura untuk menghukum mati seseorang yang kurang upaya intelek.

Ramai yang telah meminta pengampunan bagi pihaknya, daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada pengasas Virgin Group Richard Branson, pelakon Britain Stephen Fry, Kesatuan Eropah serta kumpulan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa.

Kes itu juga menjadi tajuk utama antarabangsa.

Singapura menegaskan bahawa Nagaentran telah diberikan proses yang sewajarnya bawah undang-undang republik itu.

Mahkamah juga membuat kesimpulan bahawa tanggungjawab mentalnya terhadap kesalahan berkenaan tidak terjejas dengan ketara dan dia “memahami dengan jelas” apa yang dilakukannya itu adalah jenayah.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.