Home / Viral / MerdekaMalaysia / Ini tips ‘Travel Jimat’ semasa Covid19 yang ramai tak tahu
ini-tips-‘travel-jimat’-semasa-covid19-yang-ramai-tak-tahu

Ini tips ‘Travel Jimat’ semasa Covid19 yang ramai tak tahu

Dalam keadaan pandemik sekarang ni, boleh dikatakan ramai mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan jangka masa panjang dan memerlukan belanja yang besar.

Tak dinafikan, ada juga segelintir yang masih belum sempat untuk bercuti gara-gara sibuk, selain baru sahaja dapat menghela nafas lega apabila kelonggaran demi kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan.

Sungguhpun begitu, ada juga yang sudah membuat perancangan untuk bercuti lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan yang bakal tiba tak lama lagi.

Perlu diingatkan, dari segi pengalaman bercuti atau travel sebelum dan semasa pandemik ini, ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Selain kekangan pergerakan, tempoh operasi kedai atau kapasiti yang dibenarkan dalam sesuatu premis juga perlu diambil kira.

Jadi, ini ada tips ‘travel jimat’ semasa pandemik yang korang boleh jadikan rujukan :

Buat Kira-Kira Sekarang

Salah satu perkara yang paling penting adalah kos atau ‘bajet’ yang perlu korang sediakan. Sebagai contoh, cas yang dikenakan oleh tempat penginapan, cas tambahan untuk penerbangan dan lain-lain.

Kalau mula buat kira-kira dari sekarang, korang akan mempunyai lebih banyak masa untuk merancang kewangan dan menyimpan untuk percutian korang nanti.

Tempah Awal

Kalau korang nak bercuti contohnya bulan 8 atau hujung tahun, rasanya dah boleh mula semak harga hotel dan buat tempahan secara online lebih awal. Korang juga boleh tempah aktiviti yang korang nak jalankan contohnya bermain jet ski ke, paragliding ke dan lain-lain.

Cari Tempahan Fleksibel

Cuba buat cari penginapan atau laman web macam Agoda yang tawarkan tempahan fleksibel. Ini sangat membantu dan menjimatkan poket sekiranya korang terpaksa tukar perancangan atau lebih teruk, terpaksa batalkan tempahan.

Untuk yang tawarkan tempahan fleksibel ni, dia akan bagi tempoh masa untuk pembatalan tanpa cas, selain ada juga yang tawarkan penukaran tarikh dan sebagainya.

Destinasi ‘Dekat’

Ada kalanya, kita tak perlu pun bercuti jejauh. Mungkin korang boleh cari kawasan perkelahan ke atau tempat yang berkonsepkan retreat  yang korang boleh ‘balik hari’. Walaupun memenatkan, tapi setidaknya korang dah jimat dari segi penginapan, minyak dan lain-lain.

Gunakan kupon, promosi online

Banyak aplikasi berkaitan percutian seperti Klook, AirAsia, Agoda, Grab dan
macam-macam lagi ada tawarkan pelbagai jenis diskaun untuk menggalakkan orang
ramai pergi bercuti pasca pkp ni.

Kalau nak lebih penjimatan, ada satu ‘trick’ yang ramai lagi tak perasan iaitu menggunakan Grab Travel Pass yang ditawarkan dengan harga pengenalan RM4.90 sahaja! Dengan satu app je, anda boleh ‘unlock’ tawaran untuk pelbagai perkhidmatan yang anda perlu untuk percutian anda.

Bila dah ada pass ni nanti, korang boleh gunakan GrabTravel Pass ini untuk dapatkan pelbagai potongan untuk pembayaran atau pembelian menggunakan aplikasi Grab. Caranya :

  • Langkah 1: Buka aplikasi Grab dan cari bahagian ‘Keep discovering’ dan piliih ‘Grab Travel Pass’.
  • Langkah 2: Tekan ‘Buy Now‘ dan buat pembayaran.
  • Langkah 3: Cari pass tersebut di bahagian ‘My Rewards

Berikut antara tawaran-tawaran menarik yang korang boleh dapatkan menerusi Grab Travel Pass :

Agoda

  • Diskaun 8% untuk tempahan hotel.
  • Sah sehingga 10 April 2022.
  • Sah untuk penginapan di destinasi di seluruh dunia.
  • Tiada perbelanjaan minima diperlukan.

Firefly

  • Diskaun RM10 untuk tiket penerbangan.
  • Sah sehingga 31 Januari 2022.
  • Penerbangan domestik sahaja.
  • Tiada perbelanjaan minima diperlukan.

Klook

  • Diskaun RM20 untuk tiket-tiket pusat pelancongan.
  • Sah sehingga 31 Mac 2022.
  • Aktiviti domestik sahaja.
  • Sah untuk perbelanjaan minima RM250.

Malaysia Airlines

  • Diskaun 15% tiket penerbangan.
  • Sah sehingga 21 April 2022.
  • Penerbangan domestik sahaja.
  • Tiada perbelanjaan minima diperlukan.

Grab Rides

  • Diskaun RM5 x 2 perjalanan dari atau ke KLIA/KLIA2.
    • Sah sehingga 21 April 2022.
  • Diskaun RM5 x 2 perjalanan dari atau ke Lapangan Terbang di luar Lembah Klang.
    • Sah sehingga 21 April 2022.
  • Diskaun RM5 x 2 perjalanan Grab.
    • Sah sehingga 21 April 2022.

GrabPay

  • Diskaun tambahan RM30 untuk tempahan dari Agoda, Firefly, Klook dan Malaysia Airlines (total diskaun RM120!) apabila anda membayar dengan GrabPay.

Korang boleh nikmati tambahan potongan RM30 lagi bila membuat bayaran kepada rakan niaga Grab menggunakan GrabPay Wallet.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.