Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kelantan jadi contoh pengurusan hutan lestari di Malaysia
kelantan-jadi-contoh-pengurusan-hutan-lestari-di-malaysia

Kelantan jadi contoh pengurusan hutan lestari di Malaysia

Kerajaan Kelantan berusaha memastikan pembangunan hutan diurus dengan cekap untuk menjadi contoh pengurusan hutan lestari di Malaysia.

Bagi mencapai matlamat tersebut kerajaan negeri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB).

Pengarah Urusan NGGB, Dato’ Lim Thiam Huat berkata, menerusi perjanjian itu, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, Syarikat Tujuan Khas (SPV) akan merealisasikan matlamat pelaburan secara mampan.

“Projek tersebut mempunyai lima kompenan iaitu pusat pengumpulan dan pemprosesan sisa kelapa sawit, ladang hutan lestari, kilang pulp, kilang makanan haiwan.

“Selain itu kilang baja di mana kesemuanya melibatkan nilai pelaburan kira-kira RM2.3 biion.

“Pelaburan tersebut juga dijangka menawar 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat dengan kekayaan sumber asli yang ada di Kelantan,” katanya pada kenyataan sempena program berkenaan hari ini.

MoU tersebut ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Tengku Mohamad Faziharudean Tengku Feissal dan Thiam Huat.

Ia disaksikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Thiam Huat juga berkata, pembangunan hutan lestari berpotensi berkembang melalui pelan hala tuju ekonomi hijau.

“Pelan jangka panjang termasuk pengurusan hutan, namun ia memerlukan pelaburan besar membabitkan aktiviti perniagaan yang lebih hijau,” katanya, memetik Harakahdaily.

Beliau juga menyifatkan usahasama itu sebagai langkah tepat bagi mencapai agenda teknologi hijau negara berdasarkan rangka kerja Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.