Home / Viral / MerdekaMalaysia / Semak Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Zakat Untuk Pelajar | Sehingga RM2,500

Semak Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Zakat Untuk Pelajar | Sehingga RM2,500

Khas untuk individu yang memerlukan bantuan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah meweujudkan program Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)

Objektif dalam program ini adalah untuk meringankan beban golongan B40 dan M40 dalam kos pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam mahupun luar negara.


Jumlah Bantuan

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diterima bagi mereka yang layak:

  • IPT Luar Negara: RM2500
  • IPT Dalam Negara: RM700

Syarat Kelayakan Pemohon

Dibawah adalah syarat kelayakan untuk program ini:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS) / SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (bagi peringkat pengajian Sijil / Pra-Diploma / Asasi / Matrikulasi yang tiada semester / tahap adalah layak memohon
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara

Cara Permohonan

Mereka yang mempunyai syarat yang mencukupi boleh melakukan permohonan atas talian di https://www.zakatselangor.com.my/spzas/ sehingga 20 Februari 2022

Kemudian lampirkan dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan suami / isteri / penjaga
  • Sijil kelahiran / kad pengenalan tanggungan keluarga
  • Bil api / air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan terkini (bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Borang / surat pengesahan belajar semester / tahap yang terkini / semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  • Borang pengesahan permastautin yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (bagi pengesahan no akaun bank)
  • Kad OKU (jika berkenaan)
  • Laporan perubatan sakit kronik (jika berkenaan)
  • Pasport dan visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Tempoh Kelulusan & Bayaran

Tempoh kelulusan dan bayaran bantuan ini akan mengambil masa 14 hari bekerja dari permohonan dibuat. Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewat-lewatnya 10 Mac 2022.

Kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer)


Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.