Home / Viral / MerdekaMalaysia / [Video] Pengiring VVIP yang bertindak kasar depan lif. Tak boleh berdiam akhirnya anak Zahid Hamidi dedahkan identiti sebenar individu itu.

[Video] Pengiring VVIP yang bertindak kasar depan lif. Tak boleh berdiam akhirnya anak Zahid Hamidi dedahkan identiti sebenar individu itu.

Mahkamah kini boleh dikatakan antara lokasi panas di negara kita kerana pasti ada saja kes berprofil tinggi sedang dibicarakan di sana termasuklah kes melibatkan VIP seperti bekas Perdana Menteri dan ketua parti di negara ini.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan situasi di mahkamah ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, tiba untuk perbicaraannya dan ingin memasuki lif. Sempat lambai kepada penyokong di mahkamah

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjelang prosiding rash pada Isnin pagi. Presiden Umno itu tiba pada pukul 9.04 pagi, melambai kepada penyokongnya sebelum memasuki kompleks tersebut.

Uncle kena tarik kolar kerana nak beri laluan VIP masuk lif? Menerusi video yang dikongsikan wartawan Melissa Goh di Twitter, satu kejadian mengejutkan dilihat berlaku apabila seorang ‘uncle’ berbaju kotak merah putih telah ditarik di bahagian kolarnya dari belakang ketika ingin memberi laluan bagi rombongan VIP memasuki lif tersebut.

Sebaik kolar uncle terbabit dilepaskan, dia dilihat mengusap bahagian lehernya yang mungkin sakit akibat tercekik. Alahai kesiannya… “Tak bagi masuk takpe, tapi cara dia tarik tu bikin gdh” Berikutan tular video menyaksikan pengiring VVIP bertindak kasar di hadapan lif beberapa hari lalu, anak kepada presiden UMNO iaitu Nurulhidayah Zahid tampil berhubung isu membabitkan bapanya.

Bodyguard tampil perjelas isu tular. Beliau menerusi hantaran di Instagram berkongsi beberapa gambar tangkap layar perbualannya dengan individu yang berada di lokasi kejadian bagi menjernihkan semula keadaan yang menjadi buah mulut wargamaya.

Tahan atas faktor keselamatan. Bukan itu sahaja, malah Nurul turut menafikan hebahan orang ramai yang memaklumkan bahawa ‘uncle’ berkemeja itu sudah lama menunggu di hadapan pintu lif. Sebaliknya, dia juga sedang menunggu gilirannya tetapi atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama dan berpendapa bahawa hanya yang pernah kerja sebagai ‘bodyguard’ sahaja faham jika berdepan situasi itu.

“Dia bukan bodyguard abah”. Walaubagaimanapun, tegasnya ‘bodyguard’ yang dimaksudkan adalah pekerja salah seorang kenalan bapanya dan bukan pengawal peribadi Zahid Hamidi. Terdahulu Video yang tular itu kemudian mendapat kritikan hebat warganet yang menganggap rombongan VIP berkenaan tidak wajar memperlakukan uncle terbabit sedemikian memandangkan dia sudah awal berada di depan lif.

Malah ada juga yang mengatakan tindakan individu yang menarik kolar lelaki berkenaan sebagai biadap. Hormatilah Orang Jangan Tarik Kolar. “Apehal kena tarik?” Oleh yang demikian, warga warganet terus menerus mengkritik tindakan tersebut selain meluahkan rasa simpati dengan nasib lelaki berkemaja itu yang dilihat sudah lama menunggu pintu lif dibuka.

Ish macam-macam ye. Meskipun admin rasa bodyguard VIP tu terpaksa ‘tarik’ uncle tu sebab ia sebahagian daripada tugasnya, tapi rasanya tak best juga kalau berlaku kekerasan macam tu. Zahid diarah bela diri atas 47 pertuduhan pecah amnah, rsuah dan pengubahan wang hram.

Dalam perkembangan lain, MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas kesemua 47 pertuduhan rsh membabitkan nilai jutaan ringgit daripada yayasan amal Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pada Isnin bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno selepas mengambil kira keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan.

Hakim Sequerah menetapkan 18 hari mulai 28 Mac 2022, untuk bekas timbalan perdana menteri itu membela diri. Ahmad Zahid dibicarakan bagi sejumlah 47 pertuduhan, 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik YAB.

sumber: lobak merah dan media sosial

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.