Home / Semasa / Bagaikan Filem John Wick, Lelaki Ini Mengamuk Selepas Anjing Peliharaannya Terbunuh

Bagaikan Filem John Wick, Lelaki Ini Mengamuk Selepas Anjing Peliharaannya Terbunuh

Dalam dua klip video yg dimuat naik di Facebook Taiping Zone, satu kejadian pergaduhan telah berlaku dipercayai di sekitar sebuah taman perumahan di Taiping, Perak.

Difahamkan seorang lelaki telah mengamuk dengan memecahkan cermin kereta sebuah kereta Mazda yg telah melanggar anjing peliharaannya sehingga mati.

Menurut sumber tdk rasmi yg diperolehi dari ruangan komen, lelaki tersebut membalas dendam setelah mendapat tahu bapanya yg membawa anjingnya itu bersiar-siar turut dipukul pemandu kereta tersebut.

Seorang wanita yg dipercayai pemandu kereta tersebut pula difahamkan tdk mahu mengalah sehingga berlaku provokasi yg semakin ‘panas’.

Lantaran itu, demi menegakkan keadilan membela bapanya yg teraniaya akibat dipukul serta anjing peliharaannya yg terbunuh, lelaki tersebut menghayun sebatang kayu sekuat hati ke cermin belakang kereta wanita tersebut sehingga pecah!

Sisi kereta wanita tersebut turut dipukul bertalu-talu sehingga kayu yg digunakan oleh lelaki tersebut patah & bertebaran di atas jalan raya.

Tangkap layar dari Facebook Taiping Zone– Tangkap layar dari Facebook Taiping Zone

Di ruangan komen juga didapati ramai netizen menyamakan lelaki tersebut dengan watak John Wick yg dilakonkan oleh Keanu Reeves.

Dalam filem John Wick (2014), seorang pembunuh upahan yg telah bersara dari dunia gelap kembali utk memburu kumpulan mafia Rusia yg bertanggungjawab membunuh anjing peliharaan pemberian terakhir isterinya.

Seperti juga lelaki tersebut, filem ini menunjukkan betapa kasihnya manusia terhadap haiwan peliharaannya sehingga sanggup membuat ap4 saja.

BACA: Arab Saudi Menuju Modernisasi, Buka Kafe Mesra-Anjing Pertama

Terdapat juga komen yg menggesa lelaki tersebut agar membuat laporan polis & membawa bapanya utk mendapat rawatan terlebih dahulu, bukannya bertindak mengikut perasaan.

Turut didapati komen-komen netizen yg menyeru agar kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini dengan cara baik & bermaaf-maafan sempena Tahun Baru Cina yg bakal muncul beberapa hari lagi.

BACA: Ulasan Filem: John Wick: Chapter 3 – Parabellum, Penuh Aksi

Sumber: Taiping Zone

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.