Home / Semasa / Baru Dibuka Tak Sampai 2 Minggu, Jalan Tertinggi Di Malaysia Ini Dah Dipenuhi Dengan Sampah Sarap

Baru Dibuka Tak Sampai 2 Minggu, Jalan Tertinggi Di Malaysia Ini Dah Dipenuhi Dengan Sampah Sarap

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendedahkan lebuh raya yg memiliki rekod jalan tertinggi di negara iaitu pada paras 61.5 meter kini dipenuhi dengan sampah.

Pendedahan tersebut dibuat melalui akaun Facebook rasmi MBPP yg memuat naik gambar kerja-kerja pembersihan yg terpaksa dilakukan para petugasnya pada 25 Januari lalu.

Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) yg baru dibuka kepada orang ramai pada 13 Januari yg lalu merupakan laluan alternatif utk penduduk di kawasan Paya Terubong & Air Itam utk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau & kawasan sekitarnya.

Sebelum ini, pernah dilaporkan jejambat tertinggi yg menjadi ikon terbaru Pulau Pinang tersebut menjadi tumpuan orang ramai yg memberhentikan kenderaan di bahu jalan raya utk menikmati pemandangan & berswafoto.

BACA: Buang Sampah Merata Antara Punca Banjir Teruk Pada Sabtu, Kata JPS Kuala Lumpur

Selain dari membuang sampah, demi keselamatan orang ramai, MBPP turut menasihatkan agar pengguna jalanraya tdk lagi mementingkan diri sendiri dengan memberhentikan kenderaan di bahu jalan selepas ini.

1 – Tangkap layar dari Facebook MBPP– Tangkap layar dari Facebook MBPP

PEMBERSIHAN JALAN BERKEMBAR, JALAN PAYA TERUBONG (JALAN BUKIT KUKUS)

25 Januari 2022

Para petugas pembersihan telah dikerahkan utk membersihkan segera sampah sarap yg telah dibuang sewenang-wenangnya di Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) hari ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang berasa kesal dengan sikap sesetengah para pengguna jalanraya yg tanpa segan silu membuang sampah keluar dari kenderaan semasa memandu. Ada juga sikap yg mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dengan memberhentikan kenderaan dibahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) utk berswafoto pemandangan indah & meninggalkan sampah sarap.

Kelakuan seumpama ini seolah-olah mereka tdk menghormati keindahan alam sekitar & juga keselesaan para pengguna yg lain.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua para pengguna jalanraya agar menjadikan tabiat membuang sampah di tempat yg betul sebagai sebahagian daripada amalan & etika yg boleh dibanggakan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga  berharap agar semua pengguna jalanraya tdk memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan.

#beresponsible

BACA: 32 Tahun Selepas Tragedi Hitam Runtuhnya Jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim

Sumber: Facebook MBPP

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.