Home / Semasa / Kecerdasan Muhammad Haziq Berada Di Tahap ‘Band 6’, Guru Sekolah Menengah Ini Beri Penjelasan

Kecerdasan Muhammad Haziq Berada Di Tahap ‘Band 6’, Guru Sekolah Menengah Ini Beri Penjelasan

Siapa tak kenal Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yg menggemparkan Malaysia menerusi liputan Facebook secara langsung mengenai penemuan ular sawa yg ‘amat-amat dahsyat’ baru-baru ini.

Bakat luar biasa yg berasal dari Bukit Selambau, Kedah tersebut terus mendapat perhatian pihak media tempatan keesokan harinya setelah beliau ditempah utk muncul di TV3, Astro Awani & banyak lagi.

Khabarnya sekarang, beliau dipilih utk sama-sama menyertai program hebahan mengenai kesedaran pengambilan vaksin COVID-19 di Sungai Petani.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut mahu memberikannya sijil penghargaan dalam satu program di Langkawi kelak.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah juga berkenan utk menghadiahkan Haziq dengan telefon bimbit baru.

Haziq yg gemar memasak & bercita-cita utk menjadi seorang cef serta mempunyai kedai bakeri sendiri sebenarnya menderita penyakit Talasemia sejak berumur 5 tahun lagi.

Keadaan kesihatan Haziq juga tdk menentu k3rana beliau kerap letih, terpaksa mengambil ubat selain suplemen asid folik setiap hari & pernah dimasukkan ke hospital utk membuat pemindahan darah.

Ini tdk menghalang beliau utk bergerak aktif seperti kanak-kanak normal yg lain seperti yg telah beliau buktikan dalam liputan langsung pada 24 Januari lalu.

Kepetahan beliau bercakap serta keupayaan beliau utk menerima & menyusun maklumat, menganalisis, menilai & mencipta secara spontan juga amat dikagumi oleh guru-guru.

BACA: ‘Salahkan Pihak Lain Bila Ditegur’ – Guru Kecewa Pelajar Sanggup Tiru Tugasan, Kurang Usaha

Seorang guru, Mohd Zailee berpendapat, Haziq turut layak diberikan ‘band 6’ iaitu tahap tertinggi dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yg agak luar biasa bagi kanak-kanak yg sebaya dengannya.

Ikuti penjelasan beliau melalui hantaran Facebooknya berikut.

Tangkap layar dari Facebook Mohd Zailee– Tangkap layar dari Facebook Mohd Zailee

Aku ada tengok video budak Kedah jadi wartawan tu. Dua video aku tengok. Satu yg dia buat liputan pasal ular sawa meghelap-meghelip tu. Satu lagi, yg dia buat liputan di pasar tempat ibu dia berniaga. Dua tiga kali aku duk ulang tengok.

Aku tertarik dengan dialek Kedah dia sebab mengingatkan aku kepada kawan-kawan (& marka-marka) utara di universiti dulu. Aku juga tertarik dengan kepetahan dia.

Berdasarkan dua video tu, aku bagi budak tu band 6 iaitu band tertinggi utk pentaksiran bilik darjah.

Dalam video tu, budak tu guna abiliti menganalisis. Abiliti menganalisis ni dah membolehkan dia dapat band 4. Analisis yg macam mana?

Tengok video yg dia buat liputan dekat pasar mak dia berniaga. Pandai dia susun ayat dia step by step.

Mula-mula dia beritahu lokasi dia iaitu di pasar. Di pasar itu, ada dijual bahan-bahan mentah. Dia mulakan dengan sayur. Dia sebut juga rempah. Kemudian ada ikan siap dengan contoh. Ikan temenung, ikan siakap & haiwan laut seperti sotong serta udang. Lepas tu dia sebut ayam. Dekat situ saja dah boleh dapat band 4.

Wartawan Astro Awani tu minta dia tanya soalan kepada peniaga. Ini pula sebab dia boleh dapat band 6 iaitu abiliti menilai & mencipta. Dia cipta sendiri soalan utk buat penilaian.

Dia tanya mak dia, “Macam mana berniaga? Laku ke tak laku?”

Budak tu akhirnya berjaya dapat band 6. Aku percaya benda tu dia buat secara spontan sahaja. Kalau ada persediaan, hasilnya jauh akan lebih baik.

Kebolehan menerima & menyusun maklumat utk disampaikan semula maklumat itu satu kebolehan yg penting. Aku yg mengajar di sekolah menengah pun susah kekadang nak ajarkan benda ni kepada murid-murid aku. Dia yg baru 12 tahun tu dah ada kebolehan tu, bagi aku amatlah memberangsangkan.

Tahniah diucapkan kepada ibu bapa, guru-guru & orang sekeliling dia yg mendidik dia. Ini ialah contoh terbaik kita selaku orang dewasa kena banyak melayan budak-budak. Selalu minta mereka bercerita kepada kita agar mereka ada keyakinan diri.

Sumber: Mohd Zailee

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.