Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kestabilan politik jadi keutamaan sekarang, kata PM
kestabilan-politik-jadi-keutamaan-sekarang,-kata-pm

Kestabilan politik jadi keutamaan sekarang, kata PM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Kestabilan politik itu, kata Ismail Sabri, juga penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan semua perancangan yang telah dan sedang dibuat untuk membantu rakyat dalam situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

“Jika ada yang menarik sokongan, betul kerajaan akan tumbang. Itu adalah fakta.

“Kalau Perikatan Nasional (PN) malah sesiapa juga termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dalam kalangan Umno sendiri menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan tumbang kerana kita hanya ada kelebihan empat kerusi.

“Tapi saya percaya kestabilan politik yang penting. Jika timbul perkara seperti ini, politik kita kembali bergolak dan ekonomi juga akan terjejas akibat tindakan itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan wang bantuan pembelian barangan keperluan asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir di daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.

Naib Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang dilaporkan media berkata bahawa sokongan parti itu bersama PAS terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berpandangan perkara itu perlu ditentukan oleh parti dan tidak menolak kemungkinan presiden parti-parti terlibat untuk duduk berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama.

Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.