Home / Viral / MyOdisi / Pengeluaran ATM Disekat, Baki Simpanan Jadi Negatif – Rakyat Malaysia Mula Panik Susulan Kes Genting Hong Kong?
pengeluaran-atm-disekat,-baki-simpanan-jadi-negatif-–-rakyat-malaysia-mula-panik-susulan-kes-genting-hong-kong?

Pengeluaran ATM Disekat, Baki Simpanan Jadi Negatif – Rakyat Malaysia Mula Panik Susulan Kes Genting Hong Kong?

Suasana panik tercetus di kalangan orang ramai yang hendak mengeluarkan gaji bulanan semalam apabila banyak transaksi untuk menggunakan wang simpanan mereka itu gagal.

Ramai yang mengeluh kerana pengeluaran wang simpanan mereka disekat malah ada juga yang terkejut kerana mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif.

Hal ini dilaporkan oleh portal berita K! ONLINE yang memetik dari perkongsian oleh Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter.

Orang ramai mula panik dan meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

– Tangkap layar dari K! ONLINE dan Malaysiakini “Duit dalam bank tak boleh transfer, nak keluarkan pun disekat, kami bukan kaya, nak makan guna duit mana, duit di tangan dah habis, teruk punya bank,” jelas Nur Fauziana Mohd. Fauzi.

Azlina Manaf pula mendakwa beliau amat kecewa dengan pihak bank yang gagal dihubungi untuk mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul tersebut.

“Kenapa tiba-tiba baki dalam akaun jadi negatif, mana duit simpanan pergi, hubungi pihak bank sampai nak patah jari tidak diangkat,” kata Azlina.

Seorang lagi pengguna sempat berkongsi satu tangkap layar yang diperolehinya dari komen balas oleh seorang admin laman Facebook sebuah bank.

Pihak bank tersebut meminta mana-mana pengguna yang mengalami masalah untuk menghubungi mereka menerusi kiriman mesej (PM) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

“Boleh anda PM kami dan huraikan pertanyaan anda dengan lebih lanjut. Terima kasih,” tulis admin Facebook bank tersebut.

Ramai yang beranggapan masalah ini timbul susulan dari kes Genting Hong Kong Ltd yang memfailkan penggulungan perniagaannya selepas syarikat itu tidak dapat membayar hutang pada 18 Januari lalu.

Presiden PKR Anwar Ibrahim turut menggesa kerajaan menjelaskan mengapa tiga bank berkaitan kerajaan menyediakan RM2.51 bilion pinjaman tidak bercagar kepada syarikat tersebut.

– Tangkap layar dari Facebook Anwar Ibrahim “Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia,” jelas beliau.

Tiga bank tersebut iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion).

Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula merupakan pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.

“MENGAPA PNB, KHAZANAH DAN KWSP BERI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT PERJUDIAN?”, tegas Anwar dalam satu Kenyataan Media bertarikh 27 Januari 2022.

Sumber: K! ONLINE, Malaysiakini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.