Home / Semasa / Selepas ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’, Kini Ajaran Sesat Terbaru ‘Mimpi Lelaki Pakistan’ Pula Muncul

Selepas ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’, Kini Ajaran Sesat Terbaru ‘Mimpi Lelaki Pakistan’ Pula Muncul

Menurut satu laporan yg diperolehi dari portal berita Sinar Harian, baru-baru ini muncul satu lagi bentuk ajaran sesat di Malaysia yg berpandukan ‘mimpi’.

Ajaran tersebut mengajak orang ramai utk mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman.

Dengan itu, secara ringkas ajaran ini hanya diberikan nama gelaran yg mudah iaitu ajaran ‘mimpi lelaki Pakistan’.

Berbanding dengan ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) yg satu ketika dahulu heboh k3rana disebarkan menerusi platform media sosial, ajaran ini menggunakan pendekatan lebih ‘selamat’ k3rana ianya tdk dihebahkan secara terang-terangan.

Hanya hantaran e-mel yg dibuat kepada individu tertentu dengan turut menyenaraikan beberapa pautan laman web utk mereka layari bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu juga, terdapat kumpulan WhatsApp yg ditubuhkan dengan menambah nombor telefon secara rawak yg setakat ini telah disertai oleh lebih 230 orang.

Tangkap layar dari Sinar Harian

Ajaran ‘mimpi lelaki Pakistan’ ini dibawakan oleh kumpulan yg dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (GAZA) yg berasal dari Indonesia.

Kumpulan ini dikatakan sedang membuat persiapan utk akhir zaman berdasarkan mimpi seorang lelaki Pakistan iaitu Muhammad Qasim Abdul Karim.

GAZA menyampaikan mimpi yg dialami oleh Muhammad Qasim tersebut secara berleluasa dengan menyatakan ar-Ru’yah ash-Shadaqiah sebagai khabar kenabian seperti yg disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Antara lain, Muhammad Qasim turut mendakwa telah bertemu dengan Allah, bertemu Rasulullah SAW sebanyak 300 kali namun tdk berani memandang baginda serta diberikan amanah oleh Allah utk berkongsi mimpinya dengan orang ramai.

Muhammad Qasim juga didakwa pernah beberapa kali bermimpi bertemu dengan Dajjal serta dapat melihat Yakjuj & Makjuj.

Menurut e-mel yg diterima, ajaran yg dibawakan oleh GAZA ini semakin popular di Indonesia & ‘mimpi’ lelaki Pakistan ini juga semakin mendapat perhatian di seluruh dunia k3rana banyak yg telah menjadi kenyataan.

GAZA kini dilaporkan juga sedang giat menjalankan safari dakwah di Indonesia & sedang berusaha mempersiapkan tanah uzlah di Pakistan utk memudahkan orang ramai berhijrah.

Mereka juga telah pergi ke Pakistan pada 2021 utk bertemu sendiri dengan Muhammad Qasim & telah menjadi semakin yakin dengannya.

Dikhabarkan juga, mereka pernah membuat sesi ‘Zoom Live’ di sana & telah menjemput orang ramai, wartawan & pakar agama utk mengenali sendiri lelaki Pakistan ini.

Sinar Harian turut melaporkan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, setakat ini pihak JAIS masih belum menerima sebarang aduan mengenai penyebaran ajaran sesat itu di Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.