Home / Viral / MerdekaMalaysia / Gaza bakal berdepan dengan bencana pandemik Covid19
gaza-bakal-berdepan-bencana-akibat-covid19

Gaza bakal berdepan dengan bencana pandemik Covid19

Seorang pegawai kesihatan Palestin pada Jumaat berkata Semenanjung Gaza sedang melalui situasi “sukar dan bencana” berikutan penularan pantas varian Omicron COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Keluk jangkitan meningkat pada kadar yang pantas berbanding sebelum ini,” kata penasihat kepada menteri kesihatan Palestin Fathi Abu Warda kepada pemberita di Gaza.

Menurut beliau, 95 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 63 daripadanya dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, dan penggunaan katil mencecah 56 peratus.

Abu Warda menyeru setiap warganegara yang dijangkiti COVID-19 atau mempunyai simptom berkaitan supaya segera ke hospital, dengan menyatakan bahawa 48 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke wad di Semenanjung Gaza adalah kes jangkitan Omicron.

Cuaca sejuk semasa yang melanda wilayah Palestin dan kekurangan sumber tenaga di Semenanjung Gaza mengakibatkan bekalan elektrik terputus selama 12 jam setiap hari. Kekurangan alat pemanasan menggalakkan lagi penyebaran virus itu, katanya.

“Setakat ini, hanya 30 peratus daripada populasi di Semenanjung Gaza telah menerima vaksin,” kata Abu Warda, sambil menambah bahawa kementerian kesihatan menggesa orang ramai untuk mengambil suntikan.

Pada Jumaat, Palestin melaporkan lima kematian dan 5,380 kes baharu COVID-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut laporan harian koronavirus kementerian kesihatan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.