Home / Viral / MerdekaMalaysia / Perdana Menteri ingatkan syarikat supaya jangan ambil kesempatan naik harga barang
pm-ingatkan-syarikat-jangan-ambil-kesempatan-naik-harga-barang

Perdana Menteri ingatkan syarikat supaya jangan ambil kesempatan naik harga barang

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.

Beliau berkata perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan adalah tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak terlibat mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.

“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga barang selepas pengguna komersial dan industri akan dikenakan surcaj 3.70 sen/Kilowatt jam (kWj) dan tiada lagi rebat 2 sen/kWj seperti yang diberikan sebelum ini.

Berhubung ketiadaan rebat selepas ini, Ismail Sabri berkata kerajaan telah berbelanja besar dalam memberikan subsidi kepada pemain industri dan syarikat, iaitu lebih RM1 bilion kepada pihak terlibat sebelum ini.

“Konsep subsidi ini adalah salah kerana ia diberikan kepada syarikat besar, sedangkan subsidi sepatutnya diberikan kepada golongan sasar seperti mereka yang miskin. Kita sekarang dalam proses mahu memperbetulkan konsep ini supaya dijadikan subsidi bersasar.

Sebab itu, dari segi perubahan tarif elektrik, saya telah tegaskan bahawa semua pengguna domestik tidak akan dibebankan dengan kenaikan… tidak kira besar atau kecil rumah, B40 atau M40 semuanya tidak akan terlibat,” katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata isu berkaitan kenaikan harga barang akan dibincangkan secara terperinci pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup yang akan bersidang Isnin ini.

Mesyuarat bagi mencari kaedah mengurangkan tekanan kenaikan harga barang itu akan melibatkan pembentangan daripada kementerian terlibat seperti KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pengangkutan.

Ismail Sabri berkata untuk kali pertama, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut dijemput dalam mesyuarat ini untuk mengemukakan pandangan mereka bagi mengurangkan kenaikan harga barang.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.