Home / Viral / MerdekaMalaysia / [Video] Dah terlepas cakap. Akhirnya kali ni KKM tampil jelaskan perkara sebenar lepas tular rakaman KJ beritahu booster tak diwajibkan.

[Video] Dah terlepas cakap. Akhirnya kali ni KKM tampil jelaskan perkara sebenar lepas tular rakaman KJ beritahu booster tak diwajibkan.

Video sidang media oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemberian dos penggalak CVDI9, hanya untuk kumpulan tertentu yang tular ketika ini, ialah petikan video lama, iaitu rakaman pada September tahun lalu. Kementerian Kesihatan KKM menjelaskan, kenyataan itu dikeluarkan Khairy ketika pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum bermula. KKM berkata, ketika itu dos penggalak hanya diberikan kepada golongan rentan terdiri daripada warga emas, mereka yang mempunyai k.omorbid dan terd.edah kepada ri.siko j.angkitan.

“Hanya selepas majoriti golongan itu menerima dos penggalak, barulah v.aksinasi dos penggalak dibuka kepada populasi awam yang layak. Pada ketika itu juga, Program I.munisasi CVDI9 Kebangsaan PICK bagi dos pertama dan kedua masih giat dilaksanakan. Kadar v.aksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa. Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan, manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat,” kata KKM melalui Facebooknya, hari ini.

Hari ini, tular di media sosial, petikan video daripada sidang media Khairy yang menyatakan, dos penggalak hanya diberikan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas, mereka yang mempunyai k.omorbid dan yang beri.siko mendapat jngkitan, bukan untuk individu yang sihat.

Mengulas lanjut, KKM berkata, video itu dipetik daripada sidang media pada 20 September 2021, selepas Khairy meninjau perkhidmatan saringan CVDI9 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA bersama Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad MAHB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

KKM menegaskan, pemberian dos penggalak diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan v.aksin dan c.abaran yang dihadapi dengan kemunculan varian baharu v.irus C0VID 19. Katanya, banyak negara menawarkan pemberian dos penggalak kepada penduduk dewasa mereka seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia dan Singapura. Kredit : BH

Kecoh Di Media Sosial Dkwa KJ Belum Ambil Suntikan Vksin. Sekali Ini Yang KJ Cakap Sampai Rita Rudaini Tampil Bidas.

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didkwa belum mengambil suntikan vaksin. Tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 Khairy yang disemak melalui laman sesawang menjadi bualan ramai.

Antivaksin sebar berita palsu

Menerusi Instagram Stories miliknya, Khairy menyatakan golongan antivaksin telah menyebarkan berita palsu dengan mengatakan dia belum mendapatkan vksin. Kata Khairy, dia telah pun mendapat suntikan dos pertama vksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen.

Yang busuk antivksin

Hantaran itu telah menarik perhatian aktres Rita Rudaini untuk bersuara. Tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, 46, menekankan bukan antivaksin yang menyebarkan khabar angin itu. Kata pelakon filem Mami Jarum, dia memberi sokongan sepenuhnya kepada Khairy malah mempromosikan suntikan dos penggalak (booster) kepada umum.

Bukan antivksin yang sebar la Khairy. Jangan la selalu salahkan kita orang. Yang busuk ja kita. Yang viral kan pun antivksin juga. Saya support Khairy la. Saya siap mempromosikan booster lagi tapi saya kena kecam sebab support Khairy. Sumber: Instagram @ritrud727

Ramai Yang Marah Kj Pasal Vaksin Dos Keempat. Terkejut Sekali Tiba Tiba Rita Rudaini Tampil Backup Kj Pulak.

Pelakon popular Rita Rudaini mempersoal tindakan segelintir warganet yang seakan-akan kurang berpuas hati dengan berita pemberian dos keempat vaksin C0VID l9 seperti yang tular baru-baru ini. Hal itu dikongsi Rita menerusi ruangan Instagram Story miliknya beserta potongan artikel Astro AWANI dengan tajuk; Khairy jawab ‘kemarahan’ warganet mengenai dos penggalak keempat.

“Habis madu sepah dibuang, dulu dialah yang tolong korang bawa masuk penawar untuk korang, korang puji, korang puja dia, korang marah orang lain, korang kata penawar itu ‘ikhtiar’. “Sekarang korang nak marah dia kenapa? Korang ni memang tak kenang budi, mana ‘IKHTIAR’ korang?

“Dulu dia bagi 1, korang minta 2, sekarang dia bagi lebih korang marah kenapa? Bukan kena bayar pun…korang ni memang tak kenang dek untung! Biasalah YB, kena ingat, Melayu mudah lupa,” tulisnya. Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos keempat.

Jelas beliau, apa yang di ketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan penerima terhadap jangkitan C0VIDl9. Khairy jawab ‘kemarahan’ warga net mengenai dos penggalak keempat. Khairy berkata Kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan omicron.

Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak diputuskan berdasarkan kajian dan respons ‘evidence-based’, tegas Khairy Jamaluddin. Menteri Kesihatan itu berkata demikian menjawab ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan(KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.

Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap C0VIDl9. “Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang di maksud respons yang evidence-based,” demikian tulis Khairy dalam entri di laman Twtter. “Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” ujarnya.

Kredit:GEMPAK/AstroAwani

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.