Home / Viral / MerdekaMalaysia / [Video] Tular kanak kanak sekolah galas beg berat. Sekali ibu tampil dedah apa isi dalamnya.

[Video] Tular kanak kanak sekolah galas beg berat. Sekali ibu tampil dedah apa isi dalamnya.

Baru-baru ini, satu video tular apabila seorang pelajar perempuan kelihatan menghadapi kesukaran untuk menggalas beg sekolah yang berat. Video tersebut dimuat naik di laman TikTok oleh Teerayutjayjak pada hari Selasa lalu. Kejadian yang berlaku di negara Thailand itu telah meraih tontonan sebanyak 10.5 juta dan dikongsi secara meluas di media sosial, mengakibatkan kritikan terhadap sekolahnya dan sistem pendidikan di situ.

Dalam video itu, pelajar tersebut mencuba sedaya upaya untuk meletakkan tali beg sekolah di atas bahunya tetapi dia yang kelihatan tidak berdaya akhirnya dibantu oleh salah seorang lelaki yang melihat kejadian itu. Selepas lelaki tersebut membantu meletakkan beg yang berat itu di atas bahu pelajar berkenaan, dia terus menyambung perjalanannya sambil memikul berat yang sangat berat.

Difahamkan, dia merupakan pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kampung Moo 2 di Tambon Lagnu, daerah Langu Satun, Thailand. Kejadian itu telah meraih simpati para penonton dan mendesak supaya tindakan dibuat bagi mengatasi masalah beg berat ini.

Penjelasan kenapa beg sekolah dia terlalu berat

Menurut satu laporan daripada Nation Thailand, apa yang terjadi sebenarnya ialah pelajar perempuan tersebut bukanlah menggalas beg yang dipenuhi dengan buku.

Salah seorang guru di sekolah itu memberitahu, sekolah berkenaan mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa dan kanak-kanak sepatutnya menunggu ibu bapa menjemput mereka kerana perlu membawa balik kotak besar yang dipenuhi susu ke rumah. Bagaimanapun, pelajar itu mungkin terlalu teruja untuk menerima kotak susu berkenaan lalu memasukkannya ke dalam beg dan berjalan keluar tanpa menunggu ibunya menjemput seperti biasa.

Ibu kanak kanak beritahu sebab sebenar

Ibu kepada pelajar tersebut, Suchada, mengesahkan bahawa beg berat itu memuatkan seluruh kotak berisi beberapa karton susu dan bukan buku sekolah seperti yang didakwa oleh pengguna laman sosial. Kotak besar itu mengandungi 36 kotak susu dan hanya ada empat buku nipis di dalam beg pelajar itu.

Dia juga berkata sekolah itu terletak hanya satu kilometer dari rumahnya dan kebiasaannya dia menunggang motosikalnya untuk menjemput anaknya. Apabila dia tiba di sekolah kali ini dan mendapati anak perempuannya sudah pergi, dia kemudian mengejar anaknya itu. Mereka terserempak di tengah jalan dan kemudiannya balik bersama-sama.

Sumber: Nation Thailand via GPS BESTARI

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.