Home / Viral / MerdekaMalaysia / 20 lembu dijumpai mati dalam ladang buah naga di Taiping
20-lembu-dijumpai-mati-dalam-ladang-buah-naga-di-taiping

20 lembu dijumpai mati dalam ladang buah naga di Taiping

Sebanyak 20 ekor lembu ditemukan mati dalam sebuah ladang buah naga di Sungai Rotan Padang Gajah, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata kesemua bangkai lembu itu yang ditemukan pekerja lelaki ladang itu di sekitar lingkungan dua kilometer (km) dalam kawasan ladang berkenaan pada pukul 9.45 pagi.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap lembu itu dan dapati mati lalu datang ke balai polis untuk membuat laporan tidak mahu bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata pemilik lembu berusia lingkungan 30-an yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM80,000 turut membuat laporan polis terhadap kejadian itu.

Menurutnya siasatan awal mendapati jumlah kesemua lembu ternakan milik lelaki itu adalah sebanyak 160 ekor manakala jarak antara ladang buah naga dan kandang lembu adalah kira-kira 6 km.

Osman berkata Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengambil sampel tadahan air yang terdapat di dalam tong besi dan racun tanaman yang digunakan untuk pertanian di lokasi kejadian untuk tujuan analisis.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian, pasukan veterinar telah membuat bedah siasat terhadap bangkai lembu di tempat kejadian telah mengambil jantung, limpa, paru-paru hati dan ginjal untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Permohonan laporan bedah siasat pihak veterinar akan dibuat dalam masa terdekat dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.