Home / Viral / MerdekaMalaysia / Cat badan merpati: Veterinar Kelantan akan selidik
cat-badan-merpati:-veterinar-kelantan-akan-selidik

Cat badan merpati: Veterinar Kelantan akan selidik

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) akan turun ke lapangan untuk memberi khidmat nasihat kepada peniaga burung ‘Merpati Pelangi’ di Tumpat dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengarah JPVNK Dr Syarifah Asiah Mohd Amin berkata pihaknya juga akan menyelidik terlebih dahulu isu mengecat burung terbabit yang mungkin memberi kesan kepada kebajikan haiwan itu.

“Perkara ini boleh dikaitkan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) iaitu pemilik perlu bertanggungjawab ke atas keperluan kebajikan haiwan masing-masing.

“Bagaimanapun, kita akan turun ke lapangan untuk melihat perkara ini dengan lebih dekat dan memberi konsultasi mengenai Akta Kebajikan Haiwan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan apa-apa perkara yang akan memberi kesan kepada kebajikan haiwan peliharaan mahupun untuk dijual sekali gus mengelak berlaku penganiayaan.

Semalam, media melaporkan seorang peniaga burung merpati dan ayam serama di Kampung Kepulau di Tumpat mengambil inisiatif menyembur cat di badan burung terbabit yang kemudian digelar ‘Merpati Pelangi’ untuk melariskan jualan.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.