Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kerajaan digesa tak pandang ringan isu keselamatan di sekolah tahfiz
kerajaan-digesa-tak-pandang-ringan-isu-keselamatan-di-sekolah-tahfiz

Kerajaan digesa tak pandang ringan isu keselamatan di sekolah tahfiz

Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyeru pihak berkuasa berkaitan memperkukuh penguatkuasaan peraturan keselamatan di sekolah tahfiz.

Bercakap mengenai kelaziman kejadian kebakaran di sekolah sebegitu, ketua Amanah Terengganu itu merasakan banyak sekolah seumpamanya gagal mendapat kebenaran berhubung keselamatan tapak tersebut.

Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh memandang ringan isu keselamatan dan kualiti pembinaan sekolah-sekolah ini.

“Sesetengah pemilik sekolah agama mempunyai peruntukan terhad. Mereka mengurangkan kos dengan menggunakan bahan binaan berkualiti rendah,” katanya kepada portal berita Free Malaysia Today.

Dia menambah bahawa pihak berkuasa mesti tidak berat sebelah dalam memberikan kelulusan kepada sekolah tersebut – tanpa campur tangan daripada ahli politik atau VIP.

Minggu lalu, kebakaran berlaku di dua cawangan Maahad Tahfiz Assyatirie di Yan, Kedah.

Pada 24 Jan lepas, 240 murid lari menyelamatkan diri selepas asrama sekolah itu di Sungai Dedap terbakar.

Ini berlaku dua hari selepas kebakaran di cawangan Kampung Dulang Besar.

Selain itu, Raja Kamarul mendakwa beberapa sekolah tahfiz telah membuat perubahan struktur premis mereka tanpa kebenaran pihak bomba.

“Pihak berkuasa mesti melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah ini secara berkala bagi mengelak kemalangan daripada berlaku,” katanya.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.