Home / Viral / MerdekaMalaysia / PM: Harga runcit maksimum ayam standard dikurang 20 sen mulai 5 Feb
pm:-harga-runcit-maksimum-ayam-standard-dikurang-20-sen-mulai-5-feb

PM: Harga runcit maksimum ayam standard dikurang 20 sen mulai 5 Feb

Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan yang berlangsung hari ini memutuskan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata bagi harga telur ayam untuk semua gred adalah kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Beliau berkata pelaksanaan kedua-dua harga berkenaan akan bermula dari 5 Feb sehingga 5 Jun ini.

“Kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM dan perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Ismail Sabri berkata selain itu, permit import ayam bulat juga dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

Perdana Menteri berkata mesyuarat yang memfokuskan kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar selain turut mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melakukan siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

Beliau berkata pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) melibatkan 222 kawasan Parlimen juga perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan kementerian-kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia untuk mendapatkan barangan asas pada harga yang lebih murah.

“Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan. Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam,” katanya.

Ismail Sabri berkata selain itu, permohonan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh juga telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Jan lepas.

“Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga,” katanya.

Isi rong sawit ganti jagung, soya

Selain itu, mesyuarat khas turut membincangkan langkah-langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi mengatasi isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Antaranya adalah menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.

Mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian serta jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan untuk dibeli oleh Keluarga Malaysia.

“Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang,” katanya.

Mengenai mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri berkata ia adalah bagi membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

“Tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Pengangkutan pada mesyuarat itu yang turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.