Home / Viral / MerdekaMalaysia / SKMM minta Twitter turunkan ciapan penganalisis kritik simpatisan Taliban
skmm-minta-twitter-turunkan-ciapan-penganalisis-kritik-simpatisan-taliban

SKMM minta Twitter turunkan ciapan penganalisis kritik simpatisan Taliban

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat aduan kepada Twitter dan meminta platform media sosial itu untuk mengalih keluar ciapan penganalisis politik James Chin yang mengkritik beberapa kumpulan Islam kerana meminta masyarakat global memberi peluang kepada Taliban.

Hal ini diketahui dua hari lalu apabila Chin (gambar, judul) berkongsi e-mel daripada Twitter memaklumkan permintaan pihak berkuasa itu.

Menurut petikan e-mel Twitter kepadanya, syarikat itu tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan laporan tersebut.

“Bolehkah anda percaya ini? Kerajaan #Malaysia mengadu kepada Twitter tentang saya. Berapa ramai yang menganggap ini gila? Jadi (ciapan mengenai) Taliban (adalah) larangan?

“Adakah mereka akan mengadu tentang ciapan ini juga? Adakah mereka cuba melarang saya daripada memberitahu orang ramai? Adakah ini gangguan? Bagaimana saya mengadu kembali,” soal Chin dalam hantaran di Twitter pada Sabtu.

Dia juga melampirkan gambar e-mel daripada Twitter dan ciapan yang dilaporkan oleh SKMM.

Ciapan profesor Pengajian Asia Universiti Tasmania itu dibuat pada September tahun lalu, menyatakan rasa tidak setuju Chin terhadap gesaan oleh beberapa kumpulan – bahawa Taliban perlu diberi peluang untuk membuktikan dirinya sebagai kerajaan.

Ciapannya itu dibuat sebagai respons kepada artikel The Malaysian Insight, bertajuk: “Give Taliban a chance, say Malay-Muslim groups.”

Taliban telah mengambil alih Afghanistan pada Ogos tahun lalu, beberapa hari selepas AS mengundurkan tenteranya dari negara yang dilanda perang itu.

Siapa minta SKMM mengadu Twitter?

Bercakap kepada Malaysiakini, Chin berkata permintaan yang dibuat oleh SKMM itu telah menimbulkan beberapa persoalan.

“Siapa sebenarnya yang meminta SKMM mengadu? Adakah individu pegawai yang mempunyai kuota untuk dicapau dalam melaporkan hantaran media sosial yang mereka tidak suka?

“Adalah pelik kerana SKMM membangkitkan sesuatu dari masa lalu. Ciapan itu dari tahun lepas. Adakah mereka cuba mengembalikan isu lama,” soalnya.

Menurut penganalisis itu, dia juga mendapati minat pihak berkuasa terhadap ciapannya agak aneh, kerana ia tidak menyentuh topik sensitif seperti raja, pemimpin pentadbiran atau kerajaan.

Ciapan itu juga menarik interaksi minimum sahaja dan hanya mendapat 50 tanda suka, kata Chin.

“Biasanya SKMM mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritik raja-raja, pemimpin kerajaan atau institusi. Jika anda lihat ciapa saya, ia tidak termasuk dalam mana-mana kategori itu.

“Saya hanya bercakap tentang masyarakat Islam atau masyarakat sivil Islam di Malaysia secara amnya. Saya tidak menamakan sesiapa atau mana-mana kumpulan Islam di Malaysia.”

Sementara itu, dalam maklum balas kepada permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan, Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata suruhanjaya itu akan memaklumkan kepada penyedia platform sebarang kandungan yang mereka dapati berpotensi menimbulkan risiko kepada orang ramai.

“SKMM melakukan interaksi berterusan dengan penyedia platform masing-masing yang mempunyai syarat perkhidmatan dan garis panduan komuniti mereka sendiri yang kami hormati dan pegang.

“Sebarang kandungan, terutamanya yang berada di bawah kategori 3R (potensi impak ucapan kebencian dan mengapi-apikan), yang didapati berpotensi menimbulkan risiko kepada orang ramai, akan dimaklumkan kepada penyedia platform untuk semakan mereka.

“SKMM mempunyai tanggungjawab untuk memastikan wujudnya persekitaran yang positif dan selamat untuk rakyat Malaysia di samping melindungi peruntukan perlembagaan untuk kebebasan bersuara,” kata kenyataan itu.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.