Home / Semasa / Sejarah | Akibat Perebutan Kuasa, Kedah Kehilangan Setul Kepada Siam

Sejarah | Akibat Perebutan Kuasa, Kedah Kehilangan Setul Kepada Siam

Tahukah anda bahawa jajahan kerajaan Kedah pernah mencapai ke kawasan Thailand pada masa ini?

Satun, atau dahulunya dipanggil Setul pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Kedah. Mari kita ikuti kisah Kedah kehilangan daerah ini kepada Siam melalui perkongsian Pemburu Keindahan Mahdzir Hasan Det di bawah.

KEDAH KEHILANGAN SETUL

Setul (kini dipanggil Satun) merupakan sebuah wilayah kerajaan negeri Kedah sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Islam Kedah lagi.

Yakni, Setul ialah wilayah Kedah sejak sebelum tahun 1136 seperti dalam satu catatan:

“Hatta dalam hal yg demikian disebut oranglah negeri Qalha yg terdiri dari Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah & Kuala Bara’”

(Qalha – Kedah, Kuala Qilah – Kuala Merbok, Kuala Bahang – Kuala Kedah).

setul kedah

Kuala Merpah & Kuala Bara’ terletak dalam wilayah ini.

Wilayah ini pada asalnya diperintah oleh pemimpin-pemimpin tempatan yg digelar Dato’ di mukim masing-masing seperti di Temelang, Kuala Bara’ & Kuala Merpah.

Pemerintah rasmi di Setul mula dihantar pada tahun 1804 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (Sultan Kedah ke-21), iaitu Tunku Bisnu.

Tunku Bisnu ialah salah seorang daripada 19 orang putera Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah ke-20) & adik kepada Tunku Pangeran (kemudian digelar Sultan Ahmad Tajuddin II, Sultan Kedah Ke-22).

Tunku Bisnu kekal menjadi Pemerintah Setul sehinggalah berlaku krisis perebutan kuasa oleh adiknya, Tunku Yaakub (Tunku Embun) yg mahu menguasai wilayah ini & Perlis pada tahun 1821.

Tunku Yaakub menjadi petualang dengan membantu Siam & Ligor menawan Kedah.

Selepas Sultan Ahmad Tajuddin II kembali bertakhta di Kedah pada tahun 1842 selepas penjajahan Siam, Setul diisytiharkan sebagai wilayah berasingan (tdk lagi sebagai jajahan Kedah) & Tunku Bisnu kekal sebagai pemerintah wilayah ini.

Selepas Tunku Bisnu meninggal dunia pada tahun 1843, anaknya Tunku Muhammad Akib dilantik sebagai pemerintah Setul sehingga tahun 1876.

Pemerintah wilayah ini yg berikutnya ialah Tunku Ismail (1876 – 1888) & Tunku Abdul Rahman (1888 – 1897).

Pada 17 Mei 1897, Setul & Perlis disatukan bersama-sama Kedah dengan gelaran “Monthon Saiburi”. Monthon bermaksud ‘wilayah kecil pentadbiran’, manakala Saiburi yg bermaksud Lindungan Awan merujuk kepada negeri Kedah.

Monthon Saiburi diperintah oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah yg dilantik sebagai Khaluang Tesaphiban (Pesuruhjaya Tinggi) oleh Siam.

Kemangkatan Tunku Abdul Rahman sebagai pemerintah wilayah ini digantikan oleh Ku Baharuddin bin Ku Meh (dikenal sebagai Ku Din Ku Meh) oleh Sultan Abdul Hamid dengan jawatan baharu: Pesuruhjaya.

Pelantikan ini mendapat tentangan oleh Raja Muda Setul, Tunku Muhammad di mana beliau sepatutnya menjadi Raja Setul selepas kemangkatan Tunku Abdul Rahman.

Pemberontakan Tunku Muhammad gagal & Ku Din kekal menjagi Pesuruhjaya Setul.

Ku Din dikenali sebagai pengasas Kerajaan Melayu Moden di Setul & banyak mengikut sistem pentadbiran Kedah.

Antara yg dilaksanakan di Setul sewaktu pemerintahan Ku Din:

– pakaian rasmi kerja oleh pegawai tinggi– pengeluaran hasil ternakan, kelapa, balak & sarang burung sebagai nadi pendapatan– amalan Sistem Kerah utk kerja-kerja raya– cukai kepala sebanyak 6 kupang 2 duit

21577286_132915427348872_7986580790303522816_nKredit: Instagram naimsalleh

Walau bagaimanapun, corak pemerintahan Ku Din semakin cenderung ke arah Bangkok berbanding Kedah & Sultan Abdul Hamid selaku Pesutuhjaya Tinggi di akhir-akhir pemerintahannya.

Ku Din sengaja melantik dirinya sebagai Raja Setul dengan gelaran Tunku Baharuddin bin Ku Meh.

Tindakan Ku Din bagaimanapun disokong oleh Bangkok.

Tragedi buat wilayah ini berlaku pada tahun 1909. Perjanjian Inggeris – Siam yg ditandatangani pada masa itu menyempadankan kawasan jajahan Inggeris & Siam.

Wilayah Setul yg seluas 120 batu persegi dengan beberapa pulau seperti Pulau Adang, Pulau Tarutau & Pulau Panjang secara rasminya menjadi milik penuh Siam.

Tunku Baharuddin bersara pada tahun 1916 & digantikan dengan Gabenor berbangsa Siam.

Tamatlah sudah kisah Kerajaan Melayu Setul Mambang Segara selama 100 tahun (1808 – 1909).

Sumber: Pemburu Keindahan Mahdzir Hasan Det, Odisimy

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.