Home / Viral / MerdekaMalaysia / Apalah rahsia agaknya lelaki ini dapat 8 isteri yang cantik-cantik?
apa-rahsia-lelaki-ini-dapat-8-isteri-cantik-cantik?

Apalah rahsia agaknya lelaki ini dapat 8 isteri yang cantik-cantik?

Mungkin apa yang lelaki ini berjaya lakukan akan dijadikan bahan bukti untuk memujuk isteri selepas ini, haha! Baru-baru ini kecoh pula tentang seorang pelukis tatu di Thailand apabila mempunyai lapan orang isteri muda cantik yang tinggal sebumbung dalam suasana bahagia.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot itu berkongsi kisah bahagia keluarga besarnya dalam satu program di Thailand dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia.

Sorot turut memperkenalkan seorang demi seorang isteri mudanya yang berkongsi bagaimana mereka bertemu dan bersetuju untuk berkahwin dan bermadu dengan isteri-isteri lain.

Lapan isteri turut beritahu suami mereka sebagai lelaki paling baik, bertimbang rasa dan mudah bergaul

SOROT ketika bersiar-siar bersama isteri-isterinya.

Kata Sorot, dia bertemu isteri pertama, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya dan melamarnya terus untuk berkahwin, sementara isteri kedua, Nong L ditemui di pasar dan Nong Nan, isteri ketiga di hospital.

Isteri keempat hingga keenam pula berkenalan melalui aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok. Sehinggakan ketika ke kuil bersama ibunya, Sorot turut berjaya memikat isteri ketujuh.

Isteri terbarunya pula iaitu kelapan dikenali semasa bercuti di Pattaya bersama empat isterinya. Lain level brader ni, bawa isteri bercuti pun sempat lagi cari isteri baru.

Bagi kami isteri pertama paling kental weh! Agaknya macam mana Sorot ni ayat nak bermadu?

Berdasarkan apa yang diceritakan isteri pertama, Sorot jujur sampaikan hasrat untuk bermadu dan itu membuatkan dia bertambah sayang kepada suaminya dan bersetuju.

Isterinya yang lain juga turut bersetuju untuk berkahwin dengan Sorot walaupun sudah mengetahui bakal suami sudah ada banyak isteri kerana terpikat dengan budi baik Sorot.

Lapan isteri Sorot sekarang tinggal dalam bilik berasingan di mana dua orang setiap bilik. Mereka juga tiada masalah untuk mengikut giliran untuk bersama-sama suami. Bahagia betul bila dengan cerita Sorot ni.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.