Home / Semasa / Banyak Kes Tertanam Hidup-Hidup Akibat Terima Pengkhabaran Harta Karun Oleh Bomoh Dalam Mimpi | Patut dijadikan pengajaran dan tauladan buat semua

Banyak Kes Tertanam Hidup-Hidup Akibat Terima Pengkhabaran Harta Karun Oleh Bomoh Dalam Mimpi | Patut dijadikan pengajaran dan tauladan buat semua

Banyak kes-kes pelik & tanpa penjelasan berlaku dalam masyarakat kita. Ada yg mempercayai mimpi & juga kata-kata daripada bomoh.

Antaranya adalah seperti yg diceritakan oleh saudara Zainuddin Omar ketika beliau sedang berkhidmat sebagai Jurutera Daerah Pulau Pinang. Jom kita ikuti kisah beliau.

TUGASAN TERPELIK ZAMAN BEKERJA

Satu petang pada tahun 1990 semasa bertugas di Pejabat Jurutera Daerah Pulau Pinang, saya menerima panggilan dari seorang anggota polis, rakan saya yg bertugas sebagai ketua balai Pulau Tikus.

‘Tuan, minta tolong sikit di Botanical Garden sekarang ini’, ujar beliau.

Saya taklah terperanjat k3rana memang biasa menerima panggilan dari pihak polis meminta kerjasama waktu luar pejabat.

‘Sarjan Meor, ap4 masalah pulak kali ini’, balas saya.

‘Tuan, ada orang tertimbus dalam lubang di Penang Botanical Garden. Mohon tolong orang tuan galikan dengan backhoe utk keluarkan orang tersebut’, kata beliau dengan nada panik.

‘Ok, saya uruskan dengan secepat mungkin & saya pergi ke sana sekarang ini’, balas saya.

Sebagai Jurutera Daerah memang tugas saya jika berlaku kerja-kerja kecemasan yg melibatkan perkara teknikal. Saya adalah frontliner penjawat awam selain pihak polis & bomba.

Jam menunjukkan 7 petang & saya pun menelefon pegawai-pegawai saya utk menguruskan semua keperluan termasuk genset/spotlight & bergegas ke tempat tersebut yg tdk jauh dari kuaters kediaman saya di Jalan Brown.

Sehari sebelum itu, saya diberitahu ada sekumpulan pencari harta karun Jepun mengorek di tepi bukit bersebelahan Penang Botanical Garden.

penang botanical garden

Gamaknya ketua mereka mendapat mimpi & juga perkhabaran dari seorang bomoh utk mengorek di satu tempat di situ k3rana mempercayai harta karun Jepun yg ditanam selepas perang dunia kedua.

Pada akhir perang dunia kedua setelah Hiroshima & Nagasaki diledakkan dengan bom atom, komander Jepun di Penang telah mengarahkan askar Jepun menanam harta karun di kawasan hutan bersebelahan Botanical Garden.

Pada zaman tersebut ianya tidaklah jauh dari Tanjung (Georgetown) & memang tebal dengan pokok hutan.

Jika rajin perhatikan terdapat beberapa bunker konkrit zaman Jepun di kiri kanan jalan Waterfall menuju ke Botanical Garden.

Komander Jepun berfikiran bahawa harta karun tersebut boleh dikorek kemudian setelah tamat Perang Dunia ke-2.

Penang pada masa itu adalah pusat dagangan terbesar di Asia Tenggara & diduduki oleh peniaga Cina yg kaya raya.

jepun

Askar Jepun sangat benci dengan bangsa Cina k3rana peperangan antara China & Jepun yg berlarutan ratusan tahun.

Pada siege of Nanking 1937, askar Jepun telah membunuh & memperkosa ratusan ribu rakyat Cina.

Apabila Jepun menawan Malaya, Penang dijadikan salah satu garison askar Jepun k3rana mempunyai pelabuhan yg besar.

Harta-harta hartawan Cina dirampas & emas dijadikan ketulan ingots.

Inilah harta karun yg dicari oleh pencari harga karun.

Ianya sama seperti Yamashita’s Gold di Philippines di mana pencari harta karun masih mencarinya di hutan sana sehingga sekarang.

Itulah ceritanya dari percakapan orang-orang lama di Penang tetapi sebenarnya tiada kesahihan.

Oleh k3rana tamak & juga tanpa ilmu engineering, mereka mengorek lubang kecil dengan cangkul sehingga sedalam 10 kaki & akhirnya tanah di atas mereka runtuh.

Seorang daripada mereka tertanam di dalamnya hidup-hidup.

Apabila sampai ke tempat kejadian saya mengarahkan agar jangan dikorek dengan backhoe k3rana kemungkinan boleh mencederakan orang yg tertanam, jika masih hidup.

Sebagai jurutera muda, saya terpaksa berfikir dengan pantas bagaimana cara mengeluarkan orang yg tertanam.

Penguasa Bomba & Ketua Polis pun berada di tempat kejadian menunggu nasihat saya.

Apabila saya pegang & kepal tanah yg dikorek, ianya adalah berjenis ‘granular’ & senang rapuh.

Ini bermakna ianya mudah utk melorot jika dikorek dengan tebing curam.

Saya teringat satu arahan teknik JKR iaitu jika pembangunan di sebelah tebing bukit, pastikan jarak minima dari kaki tebing ialah dua kali ganda ketinggian tebing.

Ini bermakna jika ketinggian tebing 10 kaki, jarak minima rumah perlu 20 kaki jauh dari kaki tebing.

qinghill-GMU6ldtMxGQ-unsplash

Saya anggarkan kedalaman korekan penggali harta karun adalah 10 kaki & mengarahkan pemandu backhoe mengorek radius 20 kaki dari centre.

Setelah korekan kedalaman 5 kaki baru saya arahkan beberapa pekerja JKR menggunakan cangkul mengorek tempat timbunan asal dengan berhati-hati.

Dengan cara ini pekerja saya tdk menghadapi risiko tanah disekeliling runtuh & membahayakan nyawa mereka.

Setelah sejam mencangkul, orang yg tertanam dijumpai tetapi tdk bernyawa lagi.

Beliau mati berdiri di dalam lubang tersebut, akhirnya dapat di keluarkan & dibawa ke hospital.

Moral of the story.

•Janganlah percaya dengan tok bomoh atau mimpi gangguan jin utk menjadi kaya cepat.•Tiada jalan rengkas utk jadi orang senang & kaya.•Guna knowledge utk setiap decision.

Catatan oleh:Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.OmarFB: Zainuddin Omar

Artikel asal Odisimy

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.