Home / Semasa / Disoal Makcik Pakcik Bawang Tentang Kerjanya Masa Kenduri Kahwin. Pedih Ulu Hati Melayan

Disoal Makcik Pakcik Bawang Tentang Kerjanya Masa Kenduri Kahwin. Pedih Ulu Hati Melayan

Baru-baru ini viral di media sosial tentang adab bertanya tentang pekerjaan seseorang itu ketika berada di dalam majlis.

272991329_1356051541511210_6071111641799068724_n

Kesinambungan daripada Tweet ini, ramai netizen yg mengulas akan kebenarannya. Tak kurang juga yg kurang bersetuju tentang hal ini.

Seorang pengguna Facebook bernama Syahr Musafir turut berkongsi pandangan beliau. Kalau ikutkan betul juga kata beliau. Jom kita ikuti kisahnya.

Menjadi tetamu dalam kenduri kahwin, ada beberapa kali perbualan yg saya ingat.

Sajalah nak kongsi.

Sedang duduk makan seorang diri berbaju batik, ada beberapa orang lelaki & perempuan saya mengagak mereka ini sebuah keluarga datang duduk di meja saya memandangkan saya seorang saja.

Selepas berkenalan sikit-sikit, pak cik ini bertanya, “Dah kerja?”.

“Ya, saya. Kerja”, jawab saya.

“Nampak muda lagi. Mengajar ye?”, soal makcik di sebelah pula.

“Ya, saya”, saya jawab ringkas. Dalam kepala terfikir juga macam mana makcik tahu pekerjaan saya.

“Ustaz datang seorang saja?”, soal pakcik pula.

La, baru saya teringat, ‘mengajar’ di Kelantan ni istilah utk ustaz-ustaz mengajar agama.

“Eh. Saya bukan Ustaz, pakcik”, saya cuba nak membetulkan tetapi belum sempat habis bercakap, terus dicelah oleh makcik pula.

“Cikgu la ye?”, soal makcik.

“Eh, Cikgu pun bukan”, baru saya nak jawab, pakcik pula mencelah.

“Takpalah kalau macam tu”, jawab pakcik sambil menyuap nasi ke mulut & memandang ke arah pelamin yg tersergam indah. Muka macam kelat dah, tak nak sembang dah dengan saya.

Saya ni segan nak bercakap banyak. Dah jadi macam ni, nak cakap banyak pun serba-salah dah.

Screenshot 2022-02-02 at 5.32.57 PM

Pernah situasi lebih kurang sama, saya terus jawab, “Saya mengajar di universiti tu”, setelah mereka tahu saya bekerja di USM.

Dan pakcik yg bertanya tu terus beri jawapan, “Oh, Ustaz beri ceramah di Hospital USM tu ke, atau menasihati bab agama kepada para pesakit ye?”.

Aduhai, tetap dianggap ustaz.

Dan pernah saya terus-terang awal tu terus beritahu, “Saya pensyarah di universiti”.

Abang & kakak yg bertanya tu tanya pula, “Pensyarah tu kerja ap4?”.

Alkisahnya, lain orang lain responnya.

Ada suatu kali itu dalam majlis kenduri, orang bertanya tentang kerja di mana, saya beri jawapan ringkas, “Kerja di Kubang Kerian”.

Abang & kakak yg bertanya tu pun terus buat muka macam jawapan saya ni salah atau menjengkelkan pandang saya atas bawah atas bawah macam saya buat salah, macam ni pun ada.

Bukan ap4, saya tak mahulah bercerita lebih-lebih. Sejenis tak reti sembang.

Ada suatu ketika tu orang bertanya, kawan saya terus beritahu, “Ini orang hebat ni, pakcik. Ada PhD bidang Perubatan dah. Umur baru 28 ni”, memberi perkenalan pasal saya kepada orang tak dikenali yg bertanya.

“Oh bagus. Gaji berapa puluh ribu sebulan ni?”, begini pula soalan seterusnya yg terpacul keluar dari mulut pakcik yg bertanya tadi.

Kawan saya terkujat. Tak kata ap4-ap4.

Saya sengih terus beri jawapan, “Tak adalah, pakcik. Kawan saya seloroh je tu”.

Pakcik tu pun macam malas dah nak sembang, nak buat macam mana gaji sikit je memang bukan puluh ribu.

Screenshot 2022-02-02 at 5.39.38 PM

Dan ada suatu kali tu saya datang bersama isteri dengan anak-anak (ketika itu 3 orang) yg masih kecil, ditegurnya kerja ap4, saya jawab, “Kerja di USM”, secara ringkas.

Abang tu beri respon, “Bukan doktor kan?”.

Awal-awal lagi kata macam tu, saya rasa segan dah. Teruslah beri jawapan, “Kerja biasa je”.

“Patutlah. Kalau doktor, biasanya anak tak ramailah”, isterinya mencelah, sambil meletak tangan atas meja nampaklah bling-bling gelang emas sebesar rantai jangkar buritan kapal laut.

Mereka datang bersama 2 orang anak, dah besar-besar dah agaknya umur remaja belasan tahun.

Agak-agak saya jawab ap4?

Betul tu, saya tak jawab ap4 pun. Sekadar senyum je. Anak masa tu 3 orang je, bukan 10.

Saya ni mudah saja, orang tanya ap4 pun saya tak beria nak beri jawapan panjang. Bukan malas, tetapi tak nak berlebih.

Orang salah faham itu terhadap saya itu saya rasakan lebih baik daripada orang rasa saya ni membangga diri. Biar je lah.

Sebab itulah saya kalau jumpa kawan-kawan, saya tanya khabar je. Tanya sihat ke, mak ayah macam mana, sekarang tinggal mana, habis.

Kalau orang tak kenal, bersembang pasal dah makan ke, lama dah ke sampai, kenal pengantin lelaki atau perempuan, habis. Tak reti sembang panjang mana.

Saya pun tahu saya ni tak reti sembang & mungkin disebabkan itu ada kata-kata saya yg boleh menyebabkan orang lain sakit hati ke, kecil hati atau rasa saya ni annoying.

Saya sedar diri, sebab pernah berlaku saya tak berniat negatif tetapi saya salah perkataan yg boleh dianggap negatif. Biasalah, saya pun manusia biasa.

Jadi duk diam sajalah. Kalau orang tanya, kita jawab. Pandai-pandailah.

Wajibnya orang cakap ap4 pun saya tak ambil hatilah. Biar je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kalau mereka respon positif, syukur. Kalau mereka kata negatif pun saya terima je. Sabar. Redha.

Tak ambil hati pun tapi eh, satu-satu tu saya ingat. Tak lupa.

Cuma yg pasti orang baik-baik yg tanya baik-baik, jawab baik-baik & sembang baik-baik lebih ramai daripada segelintir yg tak baik atau kurang menyelesakan.

Alhamdulillah syukur. Masyarakat kita ni ramai yg berbudi-bahasa. Sembanglah pasal kuih pun kalau itu yg paling sesuai.

Artikel asal Odisimy

Sumber: Syahr Musafir

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.