Home / Viral / MerdekaMalaysia / Sampai dah ada anak baru mengaku dia suami orang. Azlee Khairi dedahkan sesuatu tentang perkahwinannya buat ramai yang terkedu.
sampai-dah-ada-anak-baru-mengaku-dia-suami-orang-azlee-khairi-dedahkan-sesuatu-tentang-perkahwinannya-buat-ramai-yang-terkedu.

Sampai dah ada anak baru mengaku dia suami orang. Azlee Khairi dedahkan sesuatu tentang perkahwinannya buat ramai yang terkedu.

“Saya dah selamat bernikah kali kedua pada Januari tahun lalu. Alhamdulillah, saya bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima diri saya seadanya dan kami sudah pun menimang cahaya mata,” Demikian kata pelakon Azlee Khairi,33, atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berhubung perkahwinan bersama isteri, Nurul Hidayah atau Dhiya yang kini menjadi perhatian warganet di media sosial.

Kisah perkahwinan rahsia Azlee dan isterinya mula ‘terbongkar’ pada kalangan warganet apabila pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu memuat naik video sambutan hari lahir anaknya di media sosial, beberapa hari lalu.

Azlee berkata dia amat bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya, Dhiya juga seorang kru penerbangan. Malah, perkahwinan dibina adalah yang kedua buat mereka. “Isteri saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan sudah memiliki seorang cahaya mata daripada perkahwinan lalu. Kini, alhamdulillah kami sudah mempunyai dua orang anak.

“Menerusi perkahwinan kami, alhamdulilah Allah kurniakan seorang bayi lelaki yang kini berusia lima bulan. Syukur kehidupan berkeluarga saya sudah lengkap dengan kehadiran isteri dan anak-anak,” katanya. Ditanya mengapa dia masih memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadi terutama perkahwinan itu, Azlee berkata dia berahsia kerana menghormati permintaan isteri tersayang dan keluarga masing masing.

“Kami bernikah dalam majlis diadakan secara atas talian (online) dan sederhana pada Januari, tahun lalu. Ia dibuat pun hanya membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara dari kedua belah pihak kami saja.“Apapun, dengan penjelasan ini diharap agar spekulasi yang timbul berakhir. Saya juga tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar dan menyenanginya,” katanya.

Sebelum ini, Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei dikenali Dayang Norlelawati Puteh pada 2014 dan kemudian dia memilih meninggalkan kerjaya lakonannya untuk menetap di negara jiran itu. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Azlee mendakwa sudah berpisah dan dia akhirnya balik ke Malaysia pada November 2019 lalu. Sejak itu, dia dilihat merancakkan semula pembabitannya dalam kerjaya seni dan makin mendapat perhatian menjadi ‘hero’ drama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.