Home / Viral / MerdekaMalaysia / Seorang Penternak mengamuk selepas kambingnya diconteng perkataan babi
penternak-mengamuk-kambingnya-diconteng-perkataan-babi

Seorang Penternak mengamuk selepas kambingnya diconteng perkataan babi

Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menulis perkataan babi pada badan seekor kambing menggunakan penyembur berwarna merah menimbulkan kemarahan kepada pemiliknya sehingga perkongsian itu tular di media sosial.

Seorang lelaki yang mendakwa pemilik kepada kambing tersebut meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Siapa yang kurang ajar sembur kambing aku dengan tulis babi ni, kalau tak puas hati jumpa depan-depanlah.

“Tak payah nak sembur kambing aku dengan pewarna macam ni, tak pasal-pasal kambing aku dah jadi haram,” ujarnya.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani yang memuat naik gambar kambing tersebut di laman Facebooknya, semalam sehingga mendapat 3,400 tanda suka serta dikongsi 102 pelayar.

Menurut beliau, manusia terdiri daripada pelbagai sikap dan sifat hinggakan haiwan seperti kambing menjadi mangsa.

“Manusia ni kan macam-macam perangainya, sebab itulah Allah hantarkan para alim ulamak sebagai panduan hidup setelah ketiadaan para nabi dan rasul,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat komen yang berbeza daripada orang ramai apabila rata-rata mereka menyalahkan pemilik kambing hingga menyebabkan individu berkenaan bertindak menyembur badan haiwan itu.

“Mungkin kambing tu pergi makan tanaman orang kot, tu yang kena sembur,” dakwa Sureeya Hajidaud.

“Rasanya orang yang tulis tu dah hilang kesabaran kerana kambing yang dilepas oleh tuannya makan pokok-pokok tanaman dia. Masakan dia nak buat macam tu,” komen Zulkifli Md Isa pula.

“Jenis lepas kambing merata ni. Nasiblah tuan kambing orang tak ambil sembelih. Lain kali bila nak bela kambing, jaga betul-betul,” ujar Bjock Bunddle.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.