Home / Viral / MerdekaMalaysia / Pemandu teksi dan PPDM menuntut kerajaan lancar khidmat e-Hailing sendiri
pemandu-teksi-tuntut-k’jaan-lancar-khidmat-e-hailing-sendiri

Pemandu teksi dan PPDM menuntut kerajaan lancar khidmat e-Hailing sendiri

Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), bagi pihak pemandu teksi menggesa kerajaan supaya membangunkan perkhidmatan e-hailing sendiri di seluruh negara.

“Kami menuntut kerajaan membangunkan sendiri aplikasi e-hailing untuk kegunaan semua pihak bagi mengantikan aplikasi milik syarikat yang selama ini jelas telah merompak berbilion-bilion ringgit wang industri serta merosakkan ekosistem industri teksi negara.

“Malah mereka telah mewujudkan suasana yang tidak harmoni di antara pemain industri khususnya pemandu teksi dan pemandu e-hailing,” kata mereka pada satu memorandum.

PPDM berkata hasil berbilion ringgit daripada perkhidmatan e-hailing kendalian kerajaan boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi serta menyediakan skim perlindungan insurans kepada pemandu teksi dan kenderaan.

Jelas mereka, wang itu juga boleh digunakan untuk menyediakan biasiswa kepada anak-anak pemandu teksi dan memberi pampasan RM100,000 kepada waris mereka.

“Pendek kata, wang industri dikembalikan kepada industri, dan bukannya dibiarkan dirompak keluar negara seperti yang sedang berlaku selama ini,” kata memorandum itu.

Dalam pada itu, pemandu teksi menuntut kerajaan memansuhkan semua layanan dwistandard antara perkhidmatan teksi dan e-hailing serta mengiktiraf kedua-dua industri berkenaan bawah kategori komersial.

“Ini berikutan kedua-dua perkhidmatan tersebut menjalankan satu aktiviti yang sama, iaitu mengambil penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi dengan mengenakan sesuatu kadar upah,” jelas memorandm itu lagi.

Mereka juga berkata kadar tambang dan peraturan yang konsisten harus digunakan antara kedua-dua industri.

Memorandum PPDM itu yang turut mengandungi tuntutan bagi pihak pemandu bas, lori dan p-hailing, diterima awal hari ini di Pejabat Perdana Menteri oleh wakil Mohd Sabri Omar.

Pengarah komunikasi PH Fahmi Fadzil, Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya, Naib Presiden Parti Kuasa Rakyat N Gobalakrishnan, Anggota Eksekutif Pusat Muda Ismail Nasaruddin dan Setiausaha Agung Putra Borhan Ahmad Zakaria turut menerima memorandum berkenaan bagi pihak parti mereka.

PPDM mendakwa banyak surat telah dihantar kepada Kementerian Pengangkutan dan menterinya, memohon penyelesaian kepada masalah mereka, namun tiada satu pun isu mereka yang telah ditangani kerajaan.

“Kesan daripada tindakan itu, kami sebagai pemain industri terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar dan perit.

“Di atas kesedaran itu kami berpendapat sudah tiba masanya untuk kami melakukan perubahan, kami akan bekerjasama dengan mana-mana parti kompenan yang bersedia menuruti tuntutan kami,” kata mereka.

PPDM merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh pemimpin persatuan, pengusaha dan pemandu yang terlibat dalam industri pengangkutan darat negara.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.