Home / Viral / MerdekaMalaysia / Syarikat perniagaan disaran agar beri peluang kepada rakyat tempatan

Syarikat perniagaan disaran agar beri peluang kepada rakyat tempatan

Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Noh juga meminta syarikat perniagaan untuk menjaga kebajikan dan membimbing warga tempatan supaya mereka mempunyai minat terhadap pekerjaan dilakukan, ia dapat membentuk kakitangan berkemahiran yang boleh diserapkan dalam pengurusan cawangan syarikat di lokasi yang berbeza.

“Kita harus akui majikan sekarang menghadapi masalah pekerja. Peluang pekerjaan diberikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dan diberi peluang membuka cawangan baharu, di mana cawangan itu akan diuruskan oleh pekerja-pekerja yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Urusan Chinta Rich Empire Sd Bhd di Tanjong Karang semalam.

Syarikat berkenaan mengeluarkan produk Nasi Goreng Melimpah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Urusan Chinta Rich Empire, Nor Anita Kasim yang merupakan anak kepada pengusaha gerai di Tanjong Karang mempunyai cawangan di Tanjong Karang, Puchong dan akan membuka cawangan baharu di Klebang, Melaka pada masa terdekat.

Noh berkata golongan muda harus diberikan dorongan dengan memupuk budaya berniaga dan adalah diharapkan mereka berjaya sampai ke peringkat antarabangsa kelak.

–Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.