Home / Semasa / Watak Abu Lahab Sering Dipotret Hodoh Dan Bengis, Penerangan Lelaki Ini Buat Ramai Setuju

Watak Abu Lahab Sering Dipotret Hodoh Dan Bengis, Penerangan Lelaki Ini Buat Ramai Setuju

Mungkin sejak kecil kita sering dipaparkan watak jahat seseorang itu pasti bermuka hodoh & bengis, sedikit sebanyak telah memberi persepsi yg silap dalam menilai seseorang.

Benarkah persepsi-persepsi ini? Betulkah wajah seseorang itu melambangkan siapa dia? Bolehkah kita meramal peribadi seseorang itu berdasarkan ap4 yg kita lihat sahaja?

Misalnya, kisah Abu Lahab yg diceritakan dalam bentuk animasi atau lakonan, pasti berwajah hodoh & bengis.

Persepsi sebegini diutarakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohd Shah Rizal Samsudin yg menyatakan bahawa rupa bukanlah ukuran kita menilai seseorang itu berperwatakan baik atau buruk. Mari ikuti penerangan beliau.

Sering saya melihat apabila watak Abu Lahab dilakonkan, baik di dalam bentuk fizikal atau animasi, wajahnya pasti hodoh atau bengis. Kalau orang islam pula, mesti pakai baju-baju putih. Mungkin ada unsur psikologi di situ utk mudah penonton bezakan antara watak jahat & baik.

 

Gambaran wajah Abu Lahab

Namun ianya sangat kontradik dengan ap4 yg ditulis di dalam sirah. Abu Lahab iaitu bapa saudara Nabi SAW. Lahab itu adalah laqab, bukannya nama sebenar. Nama sebenar beliau adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Lahab adalah bermaksud bercahaya kemerah-merahan persis hujung nyalaan api. Maksudnya, Abu Lahab ini kulitnya adalah putih kemerah-merahan yg dinilai cantik oleh orang arab ketika itu.

Ironinya, Abu Lahab ini bukanlah hodoh & menjengkelkan. Beliau ini hensem, petah berkata-kata, ahli politik, pemberi makan kepada tetamu haji, keturunan elit & kaya-raya. Boleh dikatakan watak yg menjadi bualan atau selebriti di kalangan umum.

Abu Lahab pula berkahwin dengan Ummu Jamil. Ummu jamil adalah laqab bermaksud ‘ibu kepada kecantikan’. Nama sebenar Ummu Jamil adalah Arwa binti Harb bin Umayyah. Ummu Jamil adalah saudara kandung kepada Abu Sufyan bin Harb. Ummu Jamil adalah seorang yg cantik, anak kepada pembesar keturunan Bani Umayyah.

Kedua-duanya adalah influencer (disebabkan hensem, cantik, keturunan elit & kaya), & kedua-duanya adalah pasangan suami isteri. Boleh bayangkan status mereka di zaman itu? Memang semasa mereka berkahwin boleh dikatakan wedding of the year lah!

Maka adalah silap menggambarkan Abu Lahab dengan wajahnya yg hodoh, bengis atau menjengkelkan Tetapi status mereka ini adalah tinggi dalam sistem sosial masyarakat ketika itu. Namun di hadapan Allah SWT kedua-duanya adalah pasangan paling malang.

Sejahat-jahat Abu Jahal & seangkuh-angkuh Al-Walid bin Mughirah pun, nama mereka tdk dikeji direct oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, namun tdk bagi Abu Lahab. Tersebut jelas namanya & juga isterinya di dalam surah Al-Masad. Allah SWT ‘mengejek’ guna ayat yg sama dalam ucapan ejekannya kepada Nabi SAW – تباً لّك (musnahlah kamu!), juga Abu Lahab yg akan dibakar oleh neraka yg juga punya ‘Lahab’.

Abu Lahab Hodoh Dan Bengis

‘Masyarakat mudah tertipu dengan watak’

Gambaran seperti ini seharusnya dinyatakan jelas jika kita mahu mengungkapkan siapakah musuh Allah SWT di zaman Rasulullah SAW. Memandang sirah dalam pandangan binari (baik vs jahat), adakalanya membuatkan masyarakat mudah tertipu dengan watak-watak seperti ini yg wujud pada setiap zaman.

Syaitan manusia ini tdk semestinya hadir dalam hidup kita dalam bentuk hodoh & menjengkelkan. Boleh jadi merekalah yg paling dikagumi status sosialnya, rupanya, butir bicara, perbuatan baiknya yg zahir, sehingga membuatkan kita terpengaruh & mengidolakan mereka, walhal ianya boleh jadi sahaja membinasakan diri kita sendiri.

Wallahualam moga Allah SWT memandu kita di atas jalan yg benar.

Sumber: Mohd Shah Rizal Samsudin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.