Home / Semasa / Baru Je KJ Cakap Nak Saman, Sekali Abu Syafiq Mahu Saman Balas KJ. Jumlahnya Memang Pening KJ Nak Bayar

Baru Je KJ Cakap Nak Saman, Sekali Abu Syafiq Mahu Saman Balas KJ. Jumlahnya Memang Pening KJ Nak Bayar

SHAH ALAM – Pendakwah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi yg juga dikenali sebagai Abu Syafiq bercadang utk membuat saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ia selepas Khairy dilaporkan telah memfailkan saman fitnah terhadap kenyataannya mengenai isu program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

“Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka ‘berkepok’,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Khairy telah memfailkan saman fitnah terhadap Abu Syafiq & bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

Saman itu dibuat susulan tulisan dalam talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman tersebut difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan, Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan & ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial & beberapa portal berita.

Dalam pada itu, Abu Syafiq menerusi satu hantaran berasingan sebelum itu turut menyatakan bahawa dia akan memadam segala hantaran & video vaksin berkait dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

Defendan juga diarahkan menulis & menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook & YouTube. – Foto IG/@ustazabusyafiq (Gambar kecil tangkap layar hantaran Instagram Abu Syafiq)

Terdahulu Ustaz Abu Syafiq Menang S4man, Ini Jumlah Wang Pampasan Yang Dia Bakal Terima

KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 & ganti rugi teladan RM20,000 kepada pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary berhubung kenyataan fitnah yg dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injunksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Menurut salah seorang peguam yg mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, defendan juga diarahkan menulis & menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook & YouTube.

“Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaannya utk menyelesaikan krisis tersebut secara baik, tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yg telah dimuatnaik di akaun media sosial beliau & enggan meminta maaf.

“Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yg mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yg laman Facebook beliau telah digodam & beliau tdk pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.

“Jelas di sini yg plaintif tdk pernah memfitnah mana-mana pihak & kesemua tuduhan & dakwaan ke atas beliau adalah fitnah,” kata Nurul Hafidzah, menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada bulan Jun tahun lalu, Abu Syafiq berjaya mendapatkan maklumat daripada Facebook mengenai asal-usul komen di Facebook yg menggunakan namanya.

Antara maklumat penting yg diperoleh Abu Syafiq termasuk emel & maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yg telah digunakan di Facebook dengan tujuan dipercayai utk menyamar & mengejek plaintif termasuk membuat kenyataan berbaur fitnah & memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuatnaik oleh beliau.

Berikut catatan Abu Syafiq di IG milik beliau

“SAYA MENANG SAMAN. Alhamdulillaah.

“Hari ini 11/1/2022 Selasa selesai sahaja saya menunaikan Ibadah Umrah. Team Peguam saya yg hebat dari Firma Guaman @hafidzahhassan telah memaklumkan keputusan Mahkamah kes Saman saya terhadap pemfitnah bahawa saya sebagai Plaintif telah MENANG & pemfitnah Defendan kalah perlu mohon maaf secara terbuka & bayar ganti rugi kepada saya.

“Tak sangka berita gembira ini saya dapat ketika saya berada di Ka’abah Masjid Haram di Mekah.

“Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Hafidzah @hafidzahhassan & teamnya yg hebat baik & ceria.

“Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat semua ahli keluarga saya k3rana mendoakan kemenangan ini. Allah maqbul doa anda sekalian. Alhamdulillah.

“Buat pemfitnah & pemimpin-pemimpin yg zalim. Segeralah bertaubat sebelum terlambat.

– Ustaz Abu Syafiq. www.instagram.com/ustazabusyafiq

11/1/2022.Di Hadapan Ka’bah Musyarrafah, Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah.

“Alhamdulillaah.

sumber: astro awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.