Home / Viral / MerdekaMalaysia / Gangguan bekalan telur ayam disebabkan permintaan, pembelian mendadak
gangguan-bekalan-telur-ayam-disebabkan-permintaan,-pembelian-mendadak

Gangguan bekalan telur ayam disebabkan permintaan, pembelian mendadak

Peningkatan permintaan dan pembelian telur ayam yang mendadak sebelum, semasa dan selepas cuti Tahun baru Cina menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam ketika ini, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam.

Dalam kenyataan hari ini bagi mengulas isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran, beliau berkata terdapat juga ladang ternakan ayam dan telur serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang dua hari cuti umum Tahun baru Cina, malah ada yang cuti lebih lama sempena perayaan itu.

Katanya faktor-faktor tersebut menjadi punca kelewatan dalam membekalkan telur dari ladang ke pemborong dan peruncit di beberapa tempat seperti di Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak.

“KPDNHEP yakin bekalan telur akan kembali stabil dan keberadaannya akan meliputi semua lokaliti di Malaysia apabila ladang pengeluar telur ayam serta syarikat logistik penghantaran beroperasi semula tidak lama lagi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat masalah bekalan telur tidak mencukupi seperti di Terengganu sejak sebulan lalu yang memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.

Menurut Azman rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta telur sebulan di seluruh negara.

Berdasarkan data pengeluaran telur ayam daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluarannya di negara ini, 839,281,658 biji telur ayam telah dikeluarkan pada Disember 2021, manakala pengeluaran bagi Januari lepas pula diunjurkan sebanyak 839,882,296 biji.

Menurut Azman sehingga semalam, 91 peratus ketersediaan bekalan telur ayam dalam pasaran negara direkodkan, menunjukkan bekalan telur ayam adalah stabil dan mampu memenuhi permintaan semasa pengguna.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak membuat pembelian panik atau lebih daripada kebiasaan kerana isu bekalan yang berlaku adalah terpencil dan akan kembali normal serta stabil selepas cuti Tahun baru Cina seperti yang dimaklumkan pemain industri.

Katanya KPDNHEP juga telah mengarahkan semua peruncit memperbarui stok di premis masing-masing serta menghubungi pemborong dan pengeluar sekiranya stok mereka jatuh ke paras had pesanan semula.

“Kami juga telah mengarahkan supaya peruncit melaksanakan pembelian terhad jika perlu untuk memastikan lebih ramai pengguna dapat membeli telur ayam,” katanya.

Azman berkata pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari terhadap kedudukan bekalan barangan keperluan utama di setiap rantaian pengedaran iaitu di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong dan peruncit.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.