Home / Semasa / “Hebat Didikan Mak Ayah” 5 Tahun Dah 4 KaIi Khatam AI-Quran – MyBlog

“Hebat Didikan Mak Ayah” 5 Tahun Dah 4 KaIi Khatam AI-Quran – MyBlog

Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yg baik, soleh & solehah yg bakal menjadi penyejuk mata & penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Bagaimanapun tanggungjawab ini bukan mudah jika tdk dimulakan dari awal. Lagi-lagi dengan cabaran hari ini yg cukup hebat dengan pelbagai dugaan. Apa yg kita tunjuk & lakukan utk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.

Namun ramai dalam kalangan kita masih lagi bersikap menunggu biar anak besar baru nak buat sesuatu utk mereka. Tanggapan ini silap. Patutnya sejak dari kecil lagi dah diajarkan perkara yg baik agar sampai besar ia akan berterusan.

Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yg membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali.

Tanpa p4ksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yg menyeronokkan. Dia juga seperti anak yg lain ada waktu bermain & mempunyai hobi seperti kanak-kanak seusianya.

Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun

Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun & dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.

Tiada lain yg mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi ap4-ap4 pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.

Itu pengalaman Mommy, Mommy kurangkan pegang hp. Lepas tu kenal dia Allah, sayang Allah, ajarkan dia menutup aurat seawal mungkin, ajar dia bab malu, ajarkan dia s0lat. Nak ajar s0lat jangan kita ajarkan tapi ajak dia s0lat sama.

Mula soIat seawal usia setahun setengah

Nur Madeena s0lat seawal setahun setengah. Ikut dia la s0lat macam mana pun. Tapi lepas dah pandai ngaji, ajar dia bacaan dalam s0lat. Biar mak ayah orang pertama ajarkan anak-anak s0lat sebab dia s0lat insyaAllah kita pun akan dapat ganjaran.

Jadi kalau dia s0lat sampai akhir hayatnya, insyaAllah ganjarannya sampai ke akhir hayatnya juga. Rugi kita sebagai mak ayah kalau s0lat tiang agama kita harap guru yg ajarkan.

Alhamdulillah sekarang Nur Madeena dah tak tinggal s0lat.. Subuh pun dia bangun.. Cuma perlu diperbetulkan lagi s0lat dia.. Apa-ap4 pun mak ayah perlu mulakan..

PERDENGARKAN AL-QURAN SEJAK AWAL KANDUNGAN

1- Hampir semua sahabat-sahabat Mommy tahu Mommy lambat dapat Nur Madeena kan.. 5 tahun penantian baru dapat dia.. Berkat doa di Tanah Suci, sebulan balik dari Tanah Suci Allah hadirkan Nur Madeena dalam rahim Mommy..

Sebab tu namanya di beri sempena namanya MADINAH.. Mudahan dengan namanya Nur Madeena dijauhi dari fitnah Dajjak seperti mana haramnya Dajjal memasuki kota Madinah..

2- Seawal usianya dalam kandungan, Nur Madeena tak pernah sekali pun terlepas dari mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.. Sebab setiap hari Mommy ajar mengaji jadi memang dari awal kandungan setiap hari Nur Madeena akan dengan orang mengaji..

Mommy pun akan mengaji setiap hari utk dia.. Selama hampir 9bulan10hari Nur Madeena dalam kandungan, Mommy akan bangun tahajjud & mengaji dengan Nur Madeena(janin dalam rahim)..

SEAWAL UMUR SEBULAN DIA SELALU PEGANG DAN BELEK AL-QURAN

1- Lepas Nur Madeena lahir & lepas Mommy habis pantang, pada usia sebulan Mommy biasakan dia dengan naskah Al-Quran.. Letakkan dia dengan Al-Quran.. Lepas habis pantang, Mommy pun start mengajar balik.. Jadi Nur Madeena duduk di tepi Mommy ja teman Mommy ngajar.. Letak Al-Quran kat dia satu..

2- Bila dia mula meniarap, bagi dia pegang Al-Quran, selak-selak Al-Quran tu.. Selalunya mak-mak mesti tak bagi pegang kan sebab takut dikoyakkan.. Takpa, biarkan je.. Biar dia biasa dengan tulisan Al-Quran..

3- Bila dia dah boleh duduk, Mommy letak satu meja & Al-Quran atau buku Iqra kat dia.. Duduk sama-sama budak-budak ngaji.. Biarkan ja dia.. Kalau koyak jangan di marah tapi cakap, jaga baik-baik nah.. InsyaAllah Allah akan bagi kefahaman kat dia.

BIAR DIA DUDUK DENGAN BUDAK2 MENGAJI LAIN DAN MENGAJI IKUT CARA DIA

1- Bila dah pandai bejalan, dah reti sikit berkawan Mommy biar dia mengaji dengan kawan-kawan ngaji.. Ikut cara suka dia ja dia bunyi. Dia ikut orang bunyi dia pun bunyi sambil tunjuk-tunjuk huruf kat buku Iqra.

2- Sambil-sambil tu Mommy ajar dia jugak tapi jangan p4ksa.. Ikut je dia.. Masa tu baru setahun lebih

MULA FOKUS AJAR IQRA PADA US1A 2 TAHUN 5 BULAN

1- Bila dia dah biasa dengan suasana mengaji Mommy pun mula lah ajar dia iqra 1.. wahh sangat mencabar tau.. Bukan senang.. Yang penting jangan p4ksa.. Ikut mood dia, biar dia seronok mengaji, bukan terp4ksa mengaji..

2- Masa tu dia masih menyusu badan, jadi setiap kali nak menyusu Mommy akan cakap mengaji dulu baru susu.. Jadi kalau 5x menyusu, 5x la mengaji.. (masa ni bulan 5 2018)

3- Alhamdulillah lepas hampir 2 bulan dia dah habis iqra 1.. Tapi bukan senang tau.. Banyak dramanya.. Ya, Nur Madeena tak pelat jadi situ satu kelebihan utk Mommy gunakan..

Kalau ada anak-anak pelat, jangan risau sebab insyaAllah ajar ngaji lama-lama dia takkan pelat.. Itu pengalaman Mommy ajar budak-budak ngaji..

4- Alhamdulillah sampai bulan 11 2018 Nur Madeena dah masuk iqra 3.. Ambik masa lama kan.. Sebab macam-maca, drama nak kena layan. Tapi kita layan je dia.

Tapi masa bulan 12 2018, budak-budak ngaji ramai cuti.. Jadi Nur Madeena pun ada jugak la skip mengaji.. Masuk bulan 1 2019 Nur Madeena dah banyak lupa. Allah.. Jadi Mommy kena ambik satu tindakan drastik..

Kena ada target.. Bulan 1 2019 Mommy ulang balik iqra 2.. Lepas tu disiplinkan dia kena ngaji paling kurang 3x sehari.. Selalunya 4x sehari.. Pagi, lepas zohor, lepas asar & lepas maghrib.. Setiap satu sesi 10minit je.. Jangan lama.. Ini cara Mommy.. sebab budak-budak boleh serap ap4 diajar lebih kurang 5-10minit saja.. Lebih dari itu ke laut. Kalau ada yg mampu sampai 15 minit itu bonus.

5- Yang penting disiplin & reward. Contoh reward bagi satu hari cuti ngaji.. Nur Madeena dapat cuti pun kadang-kadang tanya lagi, hari ni nak ngaji pukul berapa?

Alhamdulillah dari bulan 1 sampai bulan 4 dia berjaya habiskan sampai iqra 4.. Ingat, anak-anak kena puji, kena belai.. Masa Nur Madeena ngaji Mommy banyakkan belai kepala dia tangan dia.. Anak kita kan, jadi belai je.. Sambil-sambil tu selawat.

6- Bulan 4 2019 Mommy sekeluarga dapat jemputan ke Tanah Suci. Ini pun berkat doa Nur Madeena sebab dia nak sangat mengaji depan Kaabah. Hari-hari doa.. Jadi Tok dia pun nak tunaikan impian dia, Tok dia dengar doa Nur Madeena..

Dapatlah Nur Madeena ngaji depan Kaabah.. Masa tu dia ngaji iqra 4 lagi.. Di sana dia banyak doa nak cepat baca Al-Quran nak cepat khatam..

7- Lepas balik sini, pertengahan bulan 5 masa tu bulan Ramadhan Alhamdulillah Nur Madeena dah masuk Al-Quran.. Semangat dia nak baca..

DISIPLlNKAN LAGI DIA DENGAN AL-QURAN

1- Sejak dia masuk Al-Quran Mommy suruh dia mengaji 1 hari 5 kali (wajib).. Kalau balik kampung atau bercuti bawak Al-Quran jugak & mengaji sekurang-kurangnya 2x sehari.. Sekali mengaji 3muka surat..

2- Jangan p4ksa tapi cerita kenapa kena mengaji.. Mommy selalu ceritakan, dalam kvbur nanti Al-Quran akan teman kita, akan jadi lampu kita sebab dalam kubvr gelap.. Tanya dia sayang Allah dak, kalau sayang ngaji banyak-banyak sebab Allah nak bagi hadiah..

Dalam kubvr banyak uIat, uIar, c4cing.. Kalau tak ngaji nanti semua g1git-g1git & makan badan kita.. Jadi bila cerita macam tu dia akan suka mengaji & nak ngaji banyak.. Sampai kadang-kadang Mommy bagi cuti, dia akan tanya kenapa tak ngaji hari ni..

3- Dia mula hafal lepas masuk juzuk 2.. Masa tu bacaan dah lancar.. Mula hafal surah An-Nas.. Mommy rasa susah jugak nak suruh dia hafal sebab baru 3 tahun..

Nak suruh baca ulang-ulang bukan dia nak.. Jadi Mommy ajar dia baca sekali lalu surah tu.. Lepas 3,4 hari dia dah boleh hafal.. (bab hafazan kalau ada nak tahu kita share lain sebab panjang jugak)

4- Alhamdulillah pada umur 3tahun 10bulan pada bulan 10 2019 Nur Madeena dah selesai khatam utk pertama kali. Allah, macam tak pecaya.. Dalam masa 5 bulan dia dah khatam.. Tok & wan happy sangat depa pun buat kenduri besaran..

6- Alhamdulillah bulan 3 2020 Nur Madeena selesai khatam kali kedua pulak.. Dan dah hafal hampir satu juzuk dalam juzuk ke 30..

7- Jadual mengaji Nur Madeena, lepas s0lat subuh baca surah Al-Kahfi 1-10 & 100-110, lepas s0lat dhuha baca surah Al-Mulk, lepas s0lat zohor mengaji tempat dia mengaji, lepas s0lat asar mengaji tempat ngaji, lepas s0lat maghrib ngaji lagi.. Itulah rutin Nur Madeena.

AMALAN MOMMY UNTUK NUR MADEENA

1- Buat air penerang hati- Mommy buat air penerang hati utk Nur Madeena setiap hari.. Setiap hari dia kena habiskan air tu (1botol mineral kecil)

2- Bacakan alfatihah, ayat qursi, surah taha 1-5, selawat tafrihiyyah (niatkan ap4 yg kita nak utk dia) & tiup pada ubun-ubun dia setiap kali dia tidur..

3- Banyakkan belai & selawat pada ubun-ubun

4- Baca doa Nabi Muhammad kepada Ibnu Abbas r.a اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allahumma faqqihhu/ha fiddin wa a’llimhu/ha ttakwil -hu bagi lelaki, ha bagi perempuan) Jangan pernah tinggal doa ni. Baca sebelum dia mula mengaji & tiup pada ubun-ubun.

5- Bila suapkan makan pada anak doakan utk dia sambil suap.. Selawat banyak-banyak

6- Selawat Tafrijiyyah jangan tinggal, amalkan setiap hari.. Setiap kali selawat niatkan ap4 yg kita hajatkan.. InsyaAllah Allah buka jalan utk kita..

7- Jaga pemakanan anak-anak kita..

8- Selalu doakan dia jadi anak solehah luar biasa.. Dan selalu panggil dia “anak solehah luar biasa sayang mommy”

KAEDAH AIR PENERANG HATI

1- Selawat tafrijiyyah 3x

2- Baca Al-Fatihah 1x

3- Baca Ar-Rahman 1-6, Al-Qiyamah 16-19, Al-Buruj 21-22

4- Doa Rasulullah pada Ibnu Abbas

5- Niatkan hajat utk anak & tiupkan

Doa seorang ibu lebih hebat dari doa seorang wali.. Jadi ibu-ibu, mak-mak semua jom doa utk anak-anak..

Ini saja pengalaman Mommy dengan Nur Madeena. InsyaAllah bila anak-anak boleh mengaji, anak-anak jugak cepat belajar yg lain. Percaya kalimah Allah itu keajaiban Allah utk kita.

Maaf jika pengalaman Mommy ni hanya biasa-biasa saja. Kita doa kita dapat, kita amal kita rasa.. Anak-anak kita, kita yg corakkan.. Maaf sekali lagi ya semua.

Kredit: Nurul Ismail via Maibaca / coretannasihat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page TimeTodayPost Ya.

PERHATIAN: Pihak TimeTodayPost tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“8 Tahun Tak Pernah Brtegur “- Akhirnya Awie & Erra Fazira Kmbali Bercinta? Tak Sangka Ini Berlaku

“Suka tengok hubungan persahabatan Erra Fazira & Datuk Awie. Semoga hubungan persahabatan ini akan kekal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.