JAKARTA – Satu rakaman video yg tular di media sosial, memaparkan senario seorang penjual bakso berpura-pura jatuh ketika sedang berniaga di simpang jalan, lapor laman berita Suara.com.
Video yg dirakam menggunakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @memomedsos.
Menerusi video yg dikongsikan, seorang penjual bakso yg berniaga menggunakan motosikal dilihat sedang melalui simpang jalan tersebut.
Dia kemudian memerhati ke sekelilingnya sebelum berpura-pura jatuh bersama barang perniagaannya di atas jalan raya.
Lelaki berjaket coklat itu masih sempat mengubah kedudukan baldi hitam yg turut jatuh.
Penduduk kemudiannya dilihat bersesak-sesak ke lokasi kejadian utk membantu lelaki itu yg tiba-tiba pengsan & tdk sedarkan diri.
Kejadian dikatakan berlaku di Kota Salatiga, Jawa Tengah.
Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit di ruangan komen.
“Dia harap tular & banyak derma, tapi malu dilihat seluruh Indonesia,’’ tulis seorang netizen.
Sumber:Kosmo
Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)