Home / Semasa / “Apehal Kena Jaga Ank Orang Pulak, Bila Masa Aku Nak Reh4t.” Aku Terdengar Suara Ayah S0und Mak.

“Apehal Kena Jaga Ank Orang Pulak, Bila Masa Aku Nak Reh4t.” Aku Terdengar Suara Ayah S0und Mak.

Tq admin andai disiarkan. Jujur, aku harap ada yg dapat ambil pengajaran terutama para ibu di luar sana.

Aku Ina, berkahwin dengan suamiku Hakim selama 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yg pilih kasih.

Suami ada 3 orang adik beradik, & dia anak kedua. Dia merupakan seorang yg pendiam & sangat jarang mar4h atau tinggikan suara.

Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin & kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor. Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak.

Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yg demanding.

Suka berbelanja, suka travel & suka tukar kereta atau perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha utk pinjam duit dengan suamiku.

Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarik4t sw4sta. Gajinya hanya cukup–cukup utk keperluan kami sekeluarga.

Selebihnya dibuat simpanan utk haI kec3masan.

Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam ap4-ap4 haI. Saat Abang Afiq meraj0k bila tak dapat pinjam duit dengan suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung.

Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil men4ngis-n4ngis.

Hati anak mana yg tak akan lembut kalau mak dah merayu-rayu. Lalu dalam tak reIa, dia gunakan duit kec3masan utk dipinjamkan pada Abang Afiq.

Seperkara lagi, Abang Afiq & keluarga akan dilayan dengan sangat istimewa tiap kali mereka pulang ke kampung.

Di bilik mereka disediakan aircond supaya isteri & anak tak panas. Bangun tidur jam 9 & segalanya dah tersedia.

Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebeI sebab membazir katanya.

Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih – kuih tu, ditepisnya tangan anak aku & kata,

“Allah hai… awak nihh, awak tu dah hari – hari duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kac4u! Pergi main kat luar sana!”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sed!h.

Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu.

Aku tahu dia terasa, namun dia tak akan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.

Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sed4ra mara.

Bila ada yg memuji, “Alhamdulillah… boleh la juga pakai baju mahal-mahal ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis pada suamiku.

Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma ap4 yg dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku. Suamiku hanya diam sambil menunduk.

Teringat aku pada sepasang baju kurung yg suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya. Kemas tersimpan di almari agaknya.

Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yg dibelinya.

Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak – anak mereka k3rana dia perlu berkursus & isterinya mahu ikut bersama. Mak turutkan saja dengan senang hati.

Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu-cucunya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.

Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena dem4m panas. Paniklah kami utk membawa anak ke h0spitaI.

Lalu suami decide utk bawa anak sulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terp4ksa bermalam di h0spitaI.

Namun ayat Mak dari dalam bilik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuhlah aku nih.

Nak kena jaga anak orang pulak! Habis bila yg aku nak rehat?!”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.

Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk ke dalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yg masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalurkan kekuatan padanya.

Dan aku tiba-tiba terdengar suara kecil suami menahan tangis! Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia memendam rasa.

Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak utk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun.

Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak – anak bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak-anak men4ngis tengah malam nanti.

Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak & ayah. Langsung tiada beza.

Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami & anak yg baik, terlalu baik. Biar ap4 kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa.

Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu.

Biar ap4 orang kata, Ina & anak – anak bahagia bersama Abang. Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang.

Sumber : Detik viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini. PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.