Home / Viral / MerdekaMalaysia / Polis patah kaki dirempuh kereta cuba lari sekatan jalan raya
polis-patah-kaki-dirempuh-kereta-cuba-lari-sekatan-jalan-raya

Polis patah kaki dirempuh kereta cuba lari sekatan jalan raya

Seorang anggota polis parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam sekatan jalan raya di Seri Kembangan, Serdang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata dalam kejadian pada 1.50 pagi itu, Lans Koperal Meor Mohd Asri Meor Azlan Shah, 33, yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan, patah kaki kanan dan menerima enam jahitan di belakang kepala selain cedera di kedua-dua belah tangan.

“Dia kini dirawat di Hospital Serdang dan dalam keadaan sedar serta stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Anbalagan berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota berjaya mengesan kenderaan terbabit dan menahan tiga suspek termasuk seorang wanita di depan sebuah kedai makan di Taman Serdang Perdana pada tiga pagi.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek lelaki berusia 29 tahun serta wanita berusia 24 tahun itu mempunyai kesalahan lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amfetamin, metamfetamin dan ketamin.

“Suspek lelaki yang merupakan pemandu kereta berkenaan pula mempunyai 16 saman trafik membabitkan kesalahan pandu laju, tidak mempunyai lesen memandu dan memotong barisan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu kereta berkenaan direman selama enam hari bermula hari ini manakala dua lagi suspek direman selama tiga hari,” katanya.

-Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.