Home / Viral / MerdekaMalaysia / Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh
polis-tahan-lelaki-bantu-siasatan-kes-perbuatan-khianat-di-ipoh

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh

Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung rakaman klip video mengenai perbuatan khianat dan mendatangkan kecederaan di sebuah premis makanan di Ipoh yang tular di media sosial sejak semalam.

“Siasatan pihak polis terhadap video itu telah menghasilkan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an, iaitu individu yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Katanya suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 akta sama kerana melakukan khianat.

Yahaya berkata pihaknya turut menerima laporan polis daripada waris suspek hari ini yang menyatakan suspek telah dipukul orang ramai di tempat kejadian semasa insiden itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak bertindak melangkaui atau meletakkan undang-undang di tangan sendiri dalam apa jua keadaan dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya dan menambah pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut merangkumi semua aspek mengenai kejadian itu.

– Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.