Home / Semasa / Kejam, Diculik Ketika Pulang Dari Sekolah, Kini Trending SaveFawaz Selepas Video Dider4 Tular

Kejam, Diculik Ketika Pulang Dari Sekolah, Kini Trending SaveFawaz Selepas Video Dider4 Tular

Ketika dunia masih bersimpati dengan berita kematian Rayan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yg terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi, trending pula #SaveFawaz, satu kisah yg perlu diberi perhatian buat masa ini.

#SaveFawaz merupakan kes penculikan seorang kanak-kanak syria berusia enam tahun yg berlaku di wilayah Daraa, di selatan Syria pada November lalu ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Kisah Fawaz al-Qatifan mula mendapat perhatian di media sosial dengan tandapagar #SaveFawaz & #Save_Ibta’a_Child digunakan secara meluas setelah sebuah rakaman video memaparkan keadaannya dalam keadaan menyayat hati didera tanpa perikemanusiaan kembali tular.

Video tular itu difahamkan sengaja disiarkan kepada umum oleh penculik bagi tujuan pemerasan.

“Demi Tuhan, tolong jangan pukul saya!” itulah rayuan Fawaz yg kelihatan terlalu kurus & hanya dibiarkan berseluar oleh penculiknya

Memetik laporan Morocco World News, penculik kejam itu menghantar beberapa video kepada kedua ibu bapa Fawaz utk menuntut wang tebusan berjumlah 500 juta pound Syria (RM832,226).

Keluarganya memberitahu, penculik sengaja memberi tekanan kepada mereka hingga memaksa bapanya mengumpulkan wang tebusan dalam tempoh singkat.

“Kami sedang cuba mendapatkan wang itu. Pihak lain tdk perlu utk membantu kami mengumpulkan dana tersebut. Kami hanya akan meminta bantuan jika diperlukan,” jelas bapanya menerusi Facebook.Difahamkan, penculik telah mengugut utk memotong jari kanak-kanak berusia enam tahun itu sekiranya keluarganya tdk membayar wang tebusan tersebut sehingga Rabu ini.

Sumber: Morocco Latest News

Kawasan luar bandar seperti Daraa mempunyai masalah keselamatan. Masyarakat di sana sering berdepan kes kecurian, penculikan & pemerasan.

Sementara itu, komuniti & kumpulan aktivis di rantau Arab menggesa pihak berkuasa tempatan utk mengerakkan misi menyelamat kanak-kanak itu yg diculik hampir tiga bulan.

Fawaz Muhammad al-Qatifan, a 6-year-old boy who’s been kidnapped and tortured someplace in Daraa, Syria since November 2021. The kidnappers asked his parents to pay them $140K. We lost Rayan, we can’t afford losing another innocent child. #ريان #SaveFawaz #انقذوا_فواز_قطيفان https://t.co/e4R8V6xmNf

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Rahsia Bagaimana Masyarakat Cina Di Malaysia Bina Kekayaan Mereka | Article Update

Memang tdk dapat dipertikaikan lagi, kekayaan masyarakat Cina di Malaysia amat mengagumkan. Lihat saja senarai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.