Home / Semasa / Pengajaran Dan Iktibar Dari Kisah Tragedi Adik Rayan

Pengajaran Dan Iktibar Dari Kisah Tragedi Adik Rayan

Pemergian Rayan Oram, kanak-kanak lelaki yg terperangkap selama 5 hari di dalam telaga sedalam 32 meter di Maghribi amat menyedihkan masyarakat dunia.

Kisah adik Rayan yg hanya berusia 5 tahun tersebut mendapat perhatian di peringkat global dengan ‘tanda pagar’ ‘#SaveRayan’ menjadi trending ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus berusaha menyelamatkannya.

Namun, operasi penuh debaran tersebut berakhir selepas Rayan yg diberi nama timangan ‘Little Rayan’ oleh warganet tersebut didapati tdk lagi bernyawa walaupun berjaya dikeluarkan.

Tiada siapa dapat dibayangkan bagaimana tubuh kecil kanak-kanak tersebut terpaksa menahan kesakitan, lapar & dahaga berseorangan di dalam lubang gelap & sempit sedalam 32 meter selama 5 hari!

Di Malaysia, pemergian Rayan turut mengundang simpati & ramai netizen melahirkan perasaan sedih & amat dukacita di platform media sosial Facebook.

Hantaran yg dibuat oleh Mohamad Bin Mohshin berikut sedikit sebanyak memberi kesedaran & peringatan buat semua.

Tangkap layar dari Facebook Mohamad Bin Mohshin– Tangkap layar dari Facebook Mohamad Bin Mohshin

Pengajaran Dari Adik Rayan Morocco

Syurga itu mahal. Ia utk mereka yg kuat sahaja. Budak kecil, tiada kekuatan, tiada akal fikiran waras, diuji Allah terperangkap selama 5 hari di dalam perigi sempit sedalam 30 meter. Anak yg tak punya dosa pun perlu melalui ujian berat ini utk ke syurga. Maka, apatah lagi kita yg dewasa. Harus lebih kuat, jangan terperangkap dengan nafsu & syaitan.
Mati itu benar. Seluruh dunia datang menyelamatkan, mendoakan, memberikan bantuan, namun jika sampai masanya, tiada siapa mampu menghalangnya.
Kasih sayang itu benar. Ia merentasi agama, bangsa & negara. Semua berhimpun atas nama kasih sayang. Itu semua rahmat dari Allah. Allah kurniakan sedikit kepada kita atas dunia, & disimpankan sebanyak-banyaknya kasih sayangNya utk dirasai di hari akhirat.
Nyawa seorang manusia tiada ternilai harganya. Surah Al-Maidah ayat 32, sesiapa yg telah membunuh seorang manusia tanpa sebab bererti telah membunuh sekalian manusia, sesiapa yg telah menyelamatkan seorang manusia, bererti telah menyelamatkan seluruh umat manusia. Semoga Allah merahmati semua pasukan penyelamat.
Usaha itu benar, hasil itu serah pada Allah. Walaupun usaha menyelamatkan Rayan itu sukar, terpaksa mengorek tanah berbatu, bukan tanah gambut seperti Malaysia, buat terowong, hulurkan tali, hantarkan kamera, hantarkan makanan, kemudian dapat diselamatkan, namun akhirnya adik Rayan meninggal dunia selepas 20 minit diselamatkan. Kalau tahu meninggal, buat ap4 bersusah payah selamatkan? Tapi kita tak pegang macam tu. Kita pegang pada usaha.
Amalan tersembunyi itu benar. Tiada siapa kenal ibu bapa Rayan sebelum ini. Namun sekelip mata, ibu bapa Rayan diangkat Allah. Mari kita ingati semula pesanan Nabi Muhammad S.A.W, ada 7 golongan yg akan mendapat naungan Allah di hari akhirat, salah satunya manusia yg mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi nampak kecil, namun impaknya besar. Masih ingat lagi arwah Ammar yg meninggal di Turki? Masih ingat lagi arwah Abam? Ingat lagi arwah Siti Sarah? Satu satu kebaikan mereka terungkit selepas mati. Apakah amalan tersembunyi mereka? Apakah amalan tersembunyi ibu bapa Rayan? Ahh itu tak penting, apakah amalan tersembunyi kita?

Wallahuaklam.

Semoga Allah ampunkan kita. Masukkan kita ke dalam syurga & menjauhkan kita dari api neraka.

Che Mat

Sumber: Mohamad Bin Mohshin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.