Home / Islamik / Tuah Beli Lukisan Pada Harga Serendah AS$30 (RM125.39), Sebenarnya bernilai lebih AS$10 juta (RM41.795 juta)

Tuah Beli Lukisan Pada Harga Serendah AS$30 (RM125.39), Sebenarnya bernilai lebih AS$10 juta (RM41.795 juta)

BOSTON, MASSACHUSETTS – Sebuah lukisan yg pernah terjual pada harga serendah AS$30 (RM125.39) semasa jualan halaman rumah dianggarkan bernilai lebih AS$10 juta (RM41.795 juta), lapor United Press International (UPI) semalam.

Nilai lukisan itu naik mendadak selepas ia disahkan sebagai karya pelukis era Renaissance dari Jerman, Albrecht Durer.

Seorang pengumpul & perunding karya seni berpangkalan di bandar Boston, Clifford Schorer berada di sebuah kedai buku di negeri Massachusetts pada 2019 apabila pemilik kedai meminta Schorer melihat sekeping lukisan yg dibeli oleh rakannya, demikian menurut galeri seni Agnews yg berpangkalan di London.

Penjual buku itu memberitahu Schorer bahawa lukisan yg dibeli pada harga AS$30 (RM125.39) menerusi jualan halaman rumah pada 2017 itu mungkin karya asal Durer.

Schorer pada awalnya sangsi tetapi terkejut setelah melawat pemilik lukisan itu beberapa minggu kemudian. Lukisan itu bertajuk The Virgin and Child. Ia adalah karya seni Durer yg meninggal dunia pada 1528.

“Apabila anda berada di dunia saya, anda akan menghabiskan hidup dengan mencari benda yg tdk diketahui yg membawa kepada jalan penyelidikan yg baik,’’ kata Schorer kepada stesen penyiaran CNN.

Schorer berkata, dia menghabiskan masa selama tiga tahun mengembara ke seluruh dunia utk mengesahkan keaslian karya tersebut.

Menurutnya, pakar-pakar bersetuju bahawa lukisan itu mempunyai ciri-ciri karya Durer. Dia percaya lukisan itu bernilai lebih daripada AS$10 juta (RM41.795 juta).

“Dari segi nilai relatif, saya fikir anda perlu membandingkannya dengan lukisan induk lama yg lain,’’ tambah Schorer. – Agensi

Sumber: Kosmo Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Model Baju Raya Bertudung Tapi Nampak…” Ustazah Asma’ Tegur Jgn Lnggar Larangan Allah.

Menjelangnya Aidilfitri yg akan tiba tdk lama sahaja lagi, pastinya orang ramai berpusu-pusu memilih baju …

Leave a Reply

Your email address will not be published.