Home / Semasa / Solat Tarawih, Bazar Ramadan Serta Balik Kampung Raya Tahun Ini Terus Jadi Tanda Tanya Semua

Solat Tarawih, Bazar Ramadan Serta Balik Kampung Raya Tahun Ini Terus Jadi Tanda Tanya Semua

Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 melebihi 10,000 ribu kes sejak beberapa hari yg lalu disebabkan penularan varian Omicron yg lebih mudah merebak.

Semalam, kes harian terus melonjak kepada 11,034 kes mengatasi hari sebelumnya iaitu 10,089 kes pada Ahad.

Ini merupakan kes harian tertinggi yg dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan oleh kerajaan bermula Oktober yg lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau nama timangan manjanya, ‘KJ’ turut menjangkakan kes jangkitan COVID-19 akan mencecah 15,000 dalam waktu terdekat.

KJ juga memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia masih berpeluang utk menyambut Aidilfitri sekiranya terdapat penurunan kes jangkitan COVID-19 membabitkan varian Omicron dalam masa sebulan dua ini.

“Saya harap kita dapat menstabilkan pandemik ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang. Negara-negara lain mengambil masa sebulan, dua bulan sebelum melihat gelombang Omicron turun.

“Kalau kita mainkan peranan masing-masing, dapatkan dos penggalak & menggalakkan anak-anak kita (kanak-kanak yg berumur 5 tahun hingga 12 tahun) mendapatkan vaksin… insya-Allah kalau satu atau dua bulan Omicron ini turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri,” jelas KJ.

Tangkap layar dari mStar– Tangkap layar dari mStar

Menurutnya lagi, peningkatan ini bukanlah sesuatu yg di luar jangkaan k3rana Malaysia juga tdk terkecuali seperti negara-negara lain yg kini sedang giat mengekang varian Omicron.

“Situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yg lebih mudah merebak. Peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Orang ramai turut risau dengan situasi peningkatan kes yg agak melampau tinggi ini lebih-lebih lagi memikirkan Ramadan & Syawal yg bakal kunjung tiba.

Melihat kembali 2 tahun sebelum ini, sambutan Ramadan & Aidilfitri kurang meriah & tdk lengkap k3rana perlaksanaan PKP di Malaysia.

Bazar Ramadan tertakluk dengan SOP ketat, solat tarawih hanya dibenarkan mengikut kapasiti terhad manakala merentas negeri utk pulang ke kampung TIDAK DIBENARKAN!

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini telah pun memberikan jaminan bahawa kerajaan tdk akan melaksanakan kembali PKP & sekatan utk pulang ke kampung lagi utk tahun ini.

Beliau juga berkata, jika kes meningkat di sesuatu kawasan, PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan kerajaan secara bersasar di kawasan terbabit sahaja.

Tangkap layar dari Sinar Harian– Tangkap layar dari Sinar Harian

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada hari Ahad lalu pula memaklumkan bahawa sekiranya R-Naught jangkitan terus kekal pada kadar 1.2 seperti sekarang, kes harian boleh mencecah 22,000 kes menjelang hujung Mac ini!

Mulai 3 April ini pula, umat Islam akan mula menyambut Ramadan. Untuk tahun ke-3 berturut-turut juga, situasi di Malaysia bertambah buruk ketika menghampiri musim ini dengan jumlah kes yg mencanak naik saban hari.

Timbul persoalan & kegusaran dari orang ramai, bagaimanalah agaknya sambutan Ramadan & Aidilfitri kali ini?

Sumber: mStar, Sinar Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.