Home / Semasa / Lelaki meninggal dunia di masjid, ketika baca al-Quran selepas selesai solat Subuh | Alfatihah

Lelaki meninggal dunia di masjid, ketika baca al-Quran selepas selesai solat Subuh | Alfatihah

Sungai Petani: Lelaki berusia 54 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di ruang solat Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu, di sini, hari ini.

Terdahulu, saksi kejadian yg juga kakitangan masjid memaklumkan, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum dilihat terbaring tdk sedarkan diri.

Kakitangan masjid terbabit kemudiannya memaklumkan kepada seorang guru yg juga abang iparnya mangsa sebelum pemeriksaan mendapati dia sudah tdk bernyawa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, abang ipar mangsa kemudian menghubungi ambulans & pegawai kesihatan yg melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Anggota Balai Polis Tikam Batu yg menerima laporan jam 9.50 pagi bergegas ke lokasi kejadian & mendapati jenazah berada atas lantai ruang solat masjid terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, saksi memberitahu arwah sebelum itu dilihat duduk di belakang sambil membaca al-Quran selepas selesai solat Subuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagaimanapun saksi mendakwa arwah dilihat terbaring & tdk sedarkan diri tdk lama kemudian sebelum dia memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga arwah.

“Hasil temubual & siasatan lanjut, isteri arwah mendakwa suaminya mempunyai penyakit darah tinggi namun tdk menjalani rawatan di hospital & hanya makan ubat yg dibeli di farmasi.

“Pemeriksaan pada tubuh badan mendapati tiada kesan luka atau lebam serta sebarang unsur jenayah & kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim utk bedah siasat yg akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Tunggu dari pukul 6 pagi, minyak masak paket terus habis dijual, siap ada yg pakai orang dalam

Pasaraya di Kuching dikatakan diserbu orang ramai yg mencari bekalan minyak masak paket seawal jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.