Home / Viral / MerdekaMalaysia / Menteri: Perkasa koperasi untuk bantu tangani kenaikan harga barang

Menteri: Perkasa koperasi untuk bantu tangani kenaikan harga barang

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) komited dalam membantu menangani permasalahan kenaikan harga barang makanan, antaranya melalui pemerkasaan koperasi yang terlibat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Menterinya Noh Omar berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan RM 1 juta bagi koperasi terlibat dalam bidang itu dan menggalakkan mereka untuk menjalankan perniagaan dalam bentuk contract farming yang tidak melibatkan orang tengah.

“Kita ada 15 koperasi yang berniaga secara contract farming, tapi mereka terlibat dengan syarikat-syarikat besar (seperti KFC dan CP). Bayangkan kalau kita boleh wujudkan koperasi menternak ayam, ikan dan sebagainya dan kita ada pusat pengumpulan dan kita beli sendiri, elakkan penglibatan orang tengah,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Menuju 100 tahun Koperasi di Malaysia’ terbitan Bernama TV malam tadi.

Dalam pada itu, Noh turut menggalakkan masyarakat untuk menubuhkan koperasi terutamanya bagi graduan.

“Kita juga akan bagi bantuan permulaan untuk mereka ini lebih bersemangat dalam menubuhkan koperasi dan syarat penubuhan juga telah diringankan, 20 orang sahaja dah boleh tubuh koperasi,” katanya.

Sambutan 100 tahun koperasi pada tahun ini bertemakan ‘100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia’ akan berlangsung pada 12 Feb.

-Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.