Home / Semasa / Suami dijemput Ilahi selepas tiga hari bernikah – MyBlog

Suami dijemput Ilahi selepas tiga hari bernikah – MyBlog

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga ikan air tawar yg baru melangsungkan pernikahan tiga hari lalu maut dalam kemalangan di Surau Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori yg tiba-tiba memasuki laluan itu pada pukul 1.10 tengah hari.

Ibu mangsa, Zaitun Yusof, 57, berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Mustaqim dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai, Kepong di sini selepas menghantar bekalan ikan di sebuah kedai makan berhampiran.

Dia berkata, anak ketujuh daripada 10 beradik itu baru melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, pada Khamis lalu.

“Sepatutnya mereka dijadual bernikah pada bulan Jun depan tetapi arwah (Muhammad Mustaqim) mahu dipercepatkan pada Khamis lalu.

“Majlis persandingan pula dirancang pada 26 Mac depan tetapi ajalnya tiba dahulu. Tidak sangka jodohnya cuma tiga hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Belukar Sukai di sini hari ini.

Zaitun berkata, jenazah Muhammad Mustaqim telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Beladau Kepong di sini selepas solat Asar kelmarin.

Sebelum ini, sebuah klip video berdurasi 26 saat memaparkan kemalangan menimpa Muhammad Mustaqim tular di media sosial. -K! ONLINE

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.