Home / Semasa / Teruk Dikec4m, Akhirnya Pihak Astro Dedahkan Macam Mana Iqbal Boleh Masuk “Big Stage”

Teruk Dikec4m, Akhirnya Pihak Astro Dedahkan Macam Mana Iqbal Boleh Masuk “Big Stage”

Penerbit program realiti nyanyian Big Stage musim keempat iaitu Astro Ria menegaskan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memenuhi semua kriteria ditetapkan Big Stage walaupun tindakan membawa masuk Iqbal sebagai peserta ke-12 mengundang kecaman hebat pelbagai pihak termasuk penyanyi tanah air.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihak penerbitan juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta utk memperbaiki mutu persembahan mereka.

“Dengan 2.1 juta ‘views’ yg dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform utk membuktikan kebolehan & kemampuan dirinya di pentas yg lebih besar.

“Apatah lagi di era digital kini, kita dapat lihat ramai bakat baharu di platform digital, namun vokal yg dipamerkan masih tdk dapat dibuktikan sepenuhnya.

“Ini k3rana selepas melalui proses rakaman, banyak penambah baikan dilakukan & hasilnya, lagu itu seakan sempurna & sedap didengar. Namun, Big Stage adalah pentas & realiti sebenar utk peserta serlahkan kemampuan nyanyian mereka & utk penonton menilai,” katanya kepada Harian Metro.

Norzeha berkata, di Big Stage mereka turut menyediakan kelas & bimbingan daripada profesional seperti guru vokal utk membimbing mereka.

“Kita harapkan mereka dapat membuktikan kemampuan masing-masing. Kita sudah sediakan platform & kini terpulang kepada mereka utk menyahut cabaran & meneruskan agenda seterusnya. Juri & penonton akan membuat pilihan sekiranya dirasakan mana-mana peserta tdk layak utk mara ke minggu seterusnya,” katanya.

Menurut Norzeha, Big Stage membuka peluang yg sama rata buat semua bakat muda & penyanyi ‘baru nak up’ yg sudah berada di dalam industri utk melangkah lebih jauh.

“Untuk Big Stage kali ini, kita ada kepelbagaian peserta, iaitu peserta berbakat & peserta tular seperti Iqbal & Jerung Merah. Syarat utama buat peserta, mereka haruslah berusia 30 tahun ke bawah & memiliki video sama ada lagu sendiri atau ‘cover’ di mana-mana platform media sosial dengan tontonan lebih 500,000. Dan, semua peserta Big Stage 2022 termasuk Iqbal memenuhi kriteria itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Iqbal dalam satu temu bual selepas dia membuat persembahan yg mana mahu menarik diri, Norzeha berkata, pihaknya tdk menerima ap4-ap4 pemakluman.

“Setakat ini pihak produksi & Astro tdk menerima sebarang berita mengenai mana-mana peserta yg ingin menarik diri. Sama seperti peserta lain, Iqbal sudah pun menandatangani perjanjian utk berada di dalam pertandingan selama lapan minggu jika nasib menyebelahi dirinya & jika tdk, dia perlu berada dalam pertandingan sehingga tersingkir.

“Namun, seandainya ada peserta yg ingin menarik diri atas sebab-sebab yg munasabah, kami akan mempertimbangkan,” katanya.

Big Stage 2022 yg dihoskan Alif Satar & Sherry Al Hadad bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Terdahulu, kemunculan Iqbal dalam program berkenaan, Ahad lalu menyampaikan lagu Biarlah Bulan Bicara mengundang kecaman ramai.

Rata-ratanya menyifatkan nyanyiannya teruk & tdk layak berada di pentas itu.

Malah, juri tetap program itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tdk tahu mahu memberikan komen ap4.

“Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, tak tahu nak bagi markah macam mana. Memandangkan syarat nak masuk Big Stage ‘view’ di YouTube lebih dari 1 juta & ‘view’ Iqbal lebih 2.1 juta itu membuatkan layak berada di sini. Kita tak nafikan. Tapi tak ap4, saya bagi peluang. Mana tahu dia bagi kejutan pula utk minggu seterusnya,” katanya.

Sumber: metro

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

(VIDE0) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Seb4k Netizen

(VIDEO) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Sebak Netizen Keadaan sebegini amatlah pɛrit utk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.