Home / Viral / MerdekaMalaysia / Wanita Ini Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis
disamakan-dengan-watak-video-lucah,-‘gadis-tudung-hijau’-lapor-polis

Wanita Ini Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis

Seorang pelajar membuat laporan polis setelah video Tik Tok miliknya diedit dan disamakan dengan individu terlibat dalam video lucah yang dirujuk sebagai “gadis bertudung hijau”.

Nur Alia Mohd Acha, 21, membuat laporan itu pada 31 Januari di balai Ayer Keroh, Melaka.

“Daripada komen-komen dalam post tersebut ramai memalukan saya dengan mengatakan saya sebagai pelakon lucah.

“Saya merasa malu dan ingin mengambil tindakan kepada individu tersebut dan tindakan lanjut,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Jelasnya, videonya – yang juga dimuat naik di TikTok – digunakan dan disunting tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Dalam video asalnya, Alia yang bertudung hijau muncul dengan komen berkaitan keadaan bibirnya yang kering.

Bagaimanapun terdapat pengguna maya menyamakan Alia dengan “gadis tudung hijau” yang pernah tular dengan video lucah.

Selepas itu, katanya, muncul pula video itu diedit dan digabungkan dengan gambar individu yang didakwa terlibat dalam video lucah.

“Dia edit letak muka saya. Lepas itu dia buat gaya suntingan ‘Jedag Jedug’. Lepas itu dia letak muka cikgu (tudung hijau) itu.

“Yang itu saya dah buat laporan polis dah. Benda itu boleh timbulkan fitnah pada diri saya kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alia bagaimanapun berkata pelaku telah memadam video yang disunting serta memohon maaf padanya.

‘Saya trauma’

Sementara itu, Alia menyifatkan apa yang berlaku padanya amat mengejutkan.

Katanya, hanya memakai tudung hijau, dia menjadi mangsa gangguan seksual.

“Bagi saya benda ini sangat tidak wajar sebab kita tak bolehlah samakan orang dengan orang yang pernah buat benda jahat.

“Sebab mungkin cikgu itu sendiri, yang buat video itu, pun dah berubah.

“Sungguh trauma hidup saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.