Home / Semasa / Kerap Berlaku Kes Cerai Di Malaysia Akibat Mertua Tinggal Serumah | Pilihan Ceraikan Isteri Atau Derhaka Pada Ibu Sendiri

Kerap Berlaku Kes Cerai Di Malaysia Akibat Mertua Tinggal Serumah | Pilihan Ceraikan Isteri Atau Derhaka Pada Ibu Sendiri

Sering kali kita dengar masalah rumah tangga yg pada mulanya remeh akhirnya menjadi kritikal berpunca dari campur tangan mertua.

Lebih parah, ibu bapa mertua tersebut tinggal serumah sehingga masalah itu berlarutan & menggugat kebahagiaan pasangan suami isteri tersebut sehingga berlaku penceraian.

Paling tak best, masalah itu sebenarnya berpunca dari ibu bapa mertua itu sendiri!

Melalui satu hantaran di Facebook, Nurul Izzatul Ahmad telah berkongsi satu kisah benar yg melibatkan pasangan suami isteri yg telah berkahwin selama 12 tahun, namun rumah tangga yg dibina musnah sekelip mata gara-gara pergaduhan dengan mertua yg tinggal serumah.

Kes penceraian yg sarat dengan pengajaran & iktibar tersebut diceritakan oleh seorang pekerja firma guaman, Farizal Radzali.

Semoga bermanfaat utk mereka yg kini berumah tangga atau yg bakal mendirikan rumah tangga tdk lama lagi.

Tangkap layar dari Facebook Nurul Izzatul Ahmad– Tangkap layar dari Facebook Nurul Izzatul Ahmad

Hari tu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Yalah, nak ceraikan mak memang tak bolehlah, kan? Tak pasal-pasal dapat status anak derhaka pula nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kahwin 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kahwin, mereka memang tinggal bersama parent lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap, “Kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul ap4 yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi, selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai ap4? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Tak ada satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu k3rana ada perempuan lain masuk dalam familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tak nak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya & awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?” Haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kahwin, dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti okey lah tu. Lepas tu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yg dah berkahwin, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga, tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je. Tak ap4, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yg dekat. Ziarahlah ibu bapa selalu. Mula-mula, akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak ayah lepas kahwin. Lama-kelamaan, akan okey bergantung kepada bagaimana layanan kita pada mak ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis, tapi lama-lama jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani orang lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi, perempuan tak mampu lakukan ap4 yg lelaki mampu k3rana ciptaan & tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu & begini, tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini, kan?

Kepada para lelaki, sila baca sejarah.

Sekian….

Kredit – Farizal Radzali

BACA: Masuk Campur Hal Rumah Tangga, Sebenarnya Mertua Dan Ipar Pun Turut Boleh Didakwa Di Mahkamah Syariah

Sumber: Nurul Izzatul Ahmad

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.